Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday 18 March 2013

SELAMAT PULANG PESERTA PLKN EVOLUTION95


Selamat kembali kepada semua ahli Evolution95 seramai 39 orang yang menjadi peserta PLKN! 

Perjalanan hidup sebagai peserta PLKN dari awal Januari sehingga 16 Mac mesti telah menjadikan anda semua mantap dari segi fizikal dan mental. Kami semua berasa bangga dengan anda semua sebagai insan yang berbakti kepada negara. 

Kami pasti bahawa ada banyak perkara dan pengalaman menarik yang ingin dikongsikan bersama kami semua yang tidak dipanggil untuk PLKN kali ini. Sudah pasti ada banyak perkara baru yang hendak dikongsi sebagai pengetahuan dan pedoman bersama. 

Walau bagaimanapun, daripada pihak Admin, kami berharap agar anda semua tidak lupa untuk menyediakan resume masing-masing dan buat pengesahan bagi semua sijil-sijil anda. 

Seperkara lagi, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menceritakan pengalaman anda di PLKN dalam blog ini, anda boleh menyediakan artikel anda dan hantarkan kepada pihak Admin melalui Facebook atau emel. 

Sekian.

1 comment: