Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday 28 January 2013

Biasiswa dan Pinjaman Kewangan untuk Melanjutkan Pelajaran di IPT (2013)

Assalamualaikum dan selamat tengah hari, semua Evorian!
Sementara menunggu keputusan SPM keluar ni, marilah kita bersama-sama menjenguk sebentar mencari tajaan untuk pembiayaan kita di IPT.

Di bawah ini adalah antara senarai biasiswa, tajaan dan pinjaman kewangan yang Admin telah buat research di internet. 

Harap senarai-senarai biasiswa di bawah ini dapat membantu anda semua mendapatkan tajaan. 

Pesan Admin:kalau ada tajaan yang tidak termasuk dalam senarai di bawah, harap boleh beritahu kami nama dan URL penaja di ruangan komen.Sebarang kesilapan dan kesalahan maklumat harap maaf dan sekali lagi peringatan, penilaian dan tindakan sendiri untuk menyemak kembali link-link rujukan amat dihargai. TQ. 

Agensi Tempatan:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Yayasan Pelajaran MARA 

Pinjaman Boleh Ubah MARA (Lepasan SPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 

Biasiswa Sukan KPT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Kementerian Pertahanan

Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal
Biasiswa Perguruan Persekutuan
Tawaran Biasiswa Mesir MAIWP
PTPTN


Agensi Yayasan Negeri:
Yayasan Wilayah Persekutuan
Yayasan Perak
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Yayasan Selangor
Yayasan Negeri Sembilan
Yayasan Melaka
Yayasan Pahang
Yayasan Sarawak
Kumpulan Yayasan Sabah
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Yayasan Pelajaran Johor
Yayasan Terengganu
Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis
Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Pulau Pinang
Yayasan Kelantan
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Tabung Kerajaan Negeri Perak
Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
Biasiswa Yayasan Sultan Iskandar 
Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 
Bantuan Pendidikan Zakat Selangor 


Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC):
Yayasan Khazanah
Yayasan Telekom (TM)
Petronas
Bank Negara
Yayasan Proton
Yayasan FELDA
Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Creative Industry Lifelong Learning Programme

Suruhanjaya Sekuriti
Agensi Lain:

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman
Yayasan Bank Rakyat
Taylor's Universiti College
Maybank Foundation Scholarship Award
Anugerah Biasiswa Tempatan Great Eastern
Biasiswa Serantau CIMB
Biasiswa Sarjana Muda Tempatan OCBC
Yayasan Hong Leong
Universiti Multimedia
Fairview International School, Kuala Lumpur
ASTRO
HSBC
MAXIS
Yayasan Chemical Company of Malaysia (CCM)
UEM Group Berhad
United Malacca Berhad
Utusan Group
Yayasan Sime Darby
American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) and the Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE)
The Star
Kuok Foundation Berhad
GAB Foundation
Sin Chew Daily
Yayasan Tunku Abdul Rahman

GAMUDA BERHAD
Dana Pendidikan Karangkraf
Tabung Biasiswa MNRB
Shell Malaysia Scholarship
Pelajar IPT:
Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)
Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)
Biasiswa Sukan
Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA (Asasi)
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Orang Kelainan Upaya (OKU):
Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (OKU) di IPT
Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas Politeknik

Events Evo95 : Program Perfect Score X-A Plus SMSJ


Tarikh : 19 – 21 Oktober 2012
Hari : Jumaat-Ahad
Tempat : La Bella Resort and Camp, Mersing, Johor

Pada pertengahan bulan Oktober tahun lepas, seramai 52 orang ahli Evolution95 yang mendapat ranking tertinggi dalam Peperiksaan Percubaan SPM 1 telah dihantar ke La Bella Resort and Camp oleh pihak sekolah. Tujuan utama program ini adalah untuk membimbing kami semua untuk mendapatkan keputusan A+ semasa SPM dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

Semua peserta yang terpilih telah diberi peluang untuk memilih 2 subjek (Bio,Fizik,Chem @ +Math) untuk diberi bimbingan semasa program ini. Jadual kami untuk program ini adalah seperti di bawah (susah nk describe, pakai diagram kn sng):

Sesi pertama ialah sesi bimbingan untuk subjek pertama pilihan peserta dan begitu juga dengan subjek kedua. Kedua-dua sesi mempunyai semua subjek yang dibimbing. Guru pengiring kami yang menguruskan keadaan kami semasa di sana ialah Cikgu Majid (thx cikgu!). Guru-guru yang ada pada setiap sesi pula ialah semua guru panitia subjek.

Kadang-kadang Admin rasa susah nak describe  sesuatu tanpa bahan rangsangan (sbnrnya malas nk taip pnjg2). Jadi Admin letak gambar dgn caption sajalah (sape yg prnh tgk blog personal admin phm la dgn cara admin berblogging).
Sekian.
Berehat dan makan tengah hari di tepi laut Mersing

"Mersing, peace yo!"

Tempat penginapan pelajar

Tempat penginapan guru
Suasana semasa sesi bimbingan

Suasana semasa sesi bimbingan
Para peserta berbincang untuk menjawab modul-modul
soalan yang disediakan



Guru akan membantu apabila pelajar ada masalah setelah berbincang
dengan peserta lain



Tak faham, tanya cikgu. Macam kat sekolah pulak.


Ada juga sesi pembentangan

1,2,3..Klik!


Waktu makan di restoran open La Bella


Bermain dan bersiar-siar di tepi pantai


Prepare tempat untuk main futsal
Majlis Penutup. Ringkas saja...

Ketua pelajar, Sharull Shafik memberi ucapan

Wakil guru, Pn. Norizah memberi ucapan.
"Diligence beats intelligence!"

Betapa gembiranya mereka setelah tamat program ini.
Dalam perjalanan pulang.
-Pictures by : Shafiq Salim-

Events Evo95 : Perkongsian Pintar Bersama SAJOHA SPM 2007

Tarikh : 09/08/2012
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Sri Bakti, SMSJ

Pada 9 Ogos tahun lepas, semua ahli batch Evolution95 telah mengikuti satu program anjuran SAJOHA SPM 2007 dan Unit Bimbingan & Kaunseling SMSJ. Program itu Admin namakan sebagai Program Perkongsian Pintar Bersama SAJOHA SPM 2007.

Program ini bermula dengan sesi suai kenal yang ringkas kemudian diikuti dengan aktiviti di luar dewan bertujuan untuk...saja-saja, agaknya. Bagi Admin, aktiviti itu adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan mengelakkan kami semua rasa bosan. Aktiviti ini tidak lama, lebih kurang dekat setengah jam. Kemudian, kami semua masuk semula ke dalam dewan dan sesi ini bermula dengan penerangan tentang hala tuju selepas SPM. Antara perkara yang diterangkan adalah berkaitan Matrikulasi dan Asasi. Kemudian, mereka berkongsi tentang tawaran-tawaran biasiswa dan universiti serta hal ehwal temuduga.

Antara SAJOHA SPM 2007 sebagai fasilitator

Ada juga diselitkan aktiviti-aktiviti ringkas untuk mengelakkan kami bosan duduk lama-lama dalam dewan itu.  Aktiviti yang Admin susah hendak lupakan ialah aktiviti melepaskan ikatan tali yang diikat di tangan 2 orang. Admin dengan pasangan Admin tidak dapat meleraikan ikatan itu dan sebagai dendanya, kena menari Gangnam Style! (aq ni time tu dh la x tau sgt psl Gangnam ni, videonya pun tak pernah tengok masa tu...x nk cite pnjg2, bengang giler time tu...)

Ada juga para SAJOHA bercerita tentang pengalaman mereka belajar di luar negara. Ada yang bercerita pasal Jepun, German, Poland.....yang menariknya apabila mereka membuat sketsa ringkas menggunakan dialek tempat mereka belajar. Berdekah-dekah masa itu.
Sedang berada dalam sesi di DSBT

Sedang berada dalam sesi di DSBT

Setelah sesi di dalam dewan selesai, sesi diteruskan di dalam kelas masing-masing. Abang-abang dan kakak-kakak SAJOHA ini berpecah mengikut kelas-kelas mereka dahulu. Dalam sesi ini, kami boleh mengajukan apa-apa soalan kepada para fasilitator (SAJOHA) tentang hala tuju, peluang, pengalaman etc.

Program ini berakhir pada jam 2 petang setelah kami bersama SAJOHA dan guru UBK bergambar kenang-kenangan di Astaka SMSJ. Mungkin pada masa akan datang, SAJOHA SPM 2012 (kitorg la tu, btch Evo) pula yang akan buat perkongsian pintar dengan junior di SMSJ. Sekian.
Bergambar kenangan bersama para peserta, guru dan SAJOHA SPM 2007

Bergambar kenangan bersama para peserta, guru dan SAJOHA SPM 2007

Bergambar kenangan guru dan SAJOHA SPM 2007
-Inquisitor (Admin)-
-Pictures by : Izzatul (Admin)
P.S. : Nampak huruf tonggang terbalik sebab komputer error, aq taip ok je....

Events Evo95 : Program Latihan Temuduga dan Penyediaan Resume


Tarikh : 05/07/2012
Hari : Khamis
Tempat : Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, Johor

Pada 5 Julai 2012 (Khamis), seramai 33 orang ahli batch Evolution 95 yang tergolong dalam kelompok teratas pada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 telah dihantar oleh oleh pihak sekolah untuk mengikuti satu program anjuran Malaysia Multimedia University (MMU) : Program Latihan Temuduga dan Penyediaan Resume. Program ini diadakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat. 

Setelah Admin menemu ramah mereka yang terlibat, Admin ringkaskan segala perkara yang mereka telah cerita. Setelah sesi pendaftaran, ada sesi taklimat daripada pengurus program. Kemudian, mereka diberi penerangan berkaitan interviu dan penyediaan. Antara perkara yang  diberitahu adalah berkaitan tips, keperluan, pakaian, pengendalian emosi  dan perkara yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas interviu. Mereka juga diberi penerangan tentang cara-cara menyediakan resume (kertas yg ada profil kita yg kena bwk masa interviu).

Sedang menunggu di ruang pendaftaran
Mendengar taklimat

Berdasarkan pemahaman Admin (sbb bingung sgt nk faham), selepas itu semua peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. Satu kumpulan akan bermula dengan mock inteview (interviu olok-olok kot,lbey kurg la)dan diikuti dengan LDK manakala satu kumpulan lagi bermula dengan LDK dan diikuti dengan mock interview (lbey kurg diorg gilir2 la, 1 grup pegi inteview, 1 lg diorang buat LDK pastu lepas lunch tukar....paham2 sendiri la ek)

Pada sesi LDK, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu tajuk untuk dibincangkan. Setiap kumpulan hendaklah memilih seorang ketua dan penolong ketua. Admin diberitahu  bahawa ramai ahli batch Evolution95 yang berada di sana membolot jawatan ketua kumpulan. 

Pemilihan ketua kumpulan
LDK

LDK

LDK

Sementara itu, pada sesi mock interview, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang per kumpulan. Setiap kumpulan akan dibawa ke bilik interviu untuk menjalani sesi mock interview. 

Selepas sesi mock interview  dan LDK bagi kedua-dua kumpulan besar tamat, mereka semua dikumpulkan untuk sesi pembentangan tentang perkara yang dibincangkan dalam kumpulan semasa LDK tadi. Dengarnya, kumpulan Khairil Annwar menang pembentangan (mana x nya, dy kn debator...

Bersedia untuk sesi pembentangan

Khairuz Zaki sedang membentangkan perbincangan

So Tsuk May sedang membentangkan perbincangan

Dinaramalar sedang membentangkan perbincangan

Khairil Annwar sedang membentangkan perbincangan

Di penghujung program, ada sesi penyampaian hadiah dan cenderamata. Dalam sesi ini, seorang wakil daripada setiap sekolah akan dipilih sebagai penerima biasiswa. Mereka yang dipilih ialah mereka yang dikira sebagai peserta terbaik dalam sesi interviu. Bagi sekolah kita, Vikneshwaran menjadi wakil Evolution95 yang mendapat anugerah itu (tahniah bro, wa respek sama lu).
Program ini berakhir lebih kurang pada jam 5 petang dan mereka semua pulang pada petang itu juga. Admin dengar mereka semua singgah sebentar di BP Mall semasa perjalanan pulang. Wallahu’alam, sekian sahaja laporan saya yang cuba ditulis sesantai dan sefaham mungkin.

Gambar kenangan bersama peserta Evo95 dengan guru pengiring.
-Inquisitor (Admin)-
-Pictures by : Izzatul (Admin)