Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Wednesday 13 March 2013

Events Evo95 : Program Kem Perfect Score SMSJ di Kings Hotel, Melaka

Tarikh : 21-23 September 2012 
Hari : Jumaat – Ahad 
Tempat : Kings Hotel Ayer Keroh,No. 30, Lebuh Ayer Keroh,75450 Melaka, Malaysia. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli Evolution 95 dan pembaca sekalian. 

Pada 21-23 September yang lalu, seramai 147 orang ahli Evolution 95 dan beberapa orang guru SMSJ telah mengadakan Program Kem Perfect Score SMSJ di Kings Hotel, Melaka. Program ini bertindak seperti kelas tuisyen dan pemantapan di sekolah tetapi bezanya, program ini diadakan di luar sekolah. Secara umumnya,kami belajar subjek-subjek elektif yang kritikal sepanjang masa berada di sana iaitu Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi (untuk pelajar Sains) dan Teknologi Kejuruteraan (untuk pelajar Teknikal). Bagi subjek Kimia dan Fizik, pihak sekolah telah memanggil cikgu luar iaitu Cikgu Sazali bagi subjek Kimia dan Cikgu ______ bagi subjek Fizik. 

Secara umumnya pada setiap pagi sebelum sarapan, kami akan membuat bacaan Yaasin beramai-ramai seperti yang kami lakukan di sekolah di dewan ceramah. Kemudian,program ‘tuisyen’ ini akan berlangsung sepanjang hari sehingga malam. Sudah semestinya ada tempoh lebih 2 jam pada waktu tengah hari dan petang untuk aktiviti bebas. Setiap subjek mempunyai cara pembelajarannya yang tersendiri. Ada yang menggunakan pendekatan ceramah, latihan dari hand-out diberi, pembentangan dan LDK. 

Bacaan Yaasin
Bacaan Yaasin

Ucapan Ketua Pelajar

Penceramah luar

Cikgu kita pun ada ajar juga

Perbincangan

LDK
Tempat penginapan kami terletak di Kings Apartment iaitu ‘branch’ bagi Kings Hotel yang teletak di belakang kawasan hotel. Setiap bilik apartmen dikongsi oleh 12 orang tetapi ada beberapa orang pelajar yang terpilih dapat menginap di bilik hotel. Kami menjamu selera di Kings Cafe yang terletak di Ground Floor. 
Pemandangan tempat penginapan dari bawah

Tempat penginapan kami.(signboard)

Kings Cafe


Kings Cafe

Kings Cafe
Sepanjang sesi program, kami semua boleh meminta bantuan antara satu sama lain sekiranya terdapat masalah dalam pembelajaran. Kami juga boleh meminta bantuan guru subjek sekiranya terdapat soalan. Pada malam 22/9, pelajar SPM 2011 yang kebetulan belajar di IPT di Melaka iaitu Adib Afham datang melawat kami semua. 

Bersama Adib Afham


Bertanya pada yang tahu

Tanya terus kepada cikgu pun boleh
Program ini berakhir pada hari Ahad (23/9) pada jam 12.00 tengah hari sejurus selepas majlis penutup dan sesi penggambaran. Pada jam 2.00 petang pada hari yang sama, kami semua bersiap sedia untuk bertolak ke Wonderland Melaka.

Sesi bergambar selepas majlis penutup

Sesi bergambar selepas majlis penutup







No comments:

Post a Comment