Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Sunday 19 June 2016

Hebahan: Kemaskini Info Halatuju Selepas SPM

(sila hebahkan kepada semua ahli batch)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat-sihat belaka.
Di sini aku nak minta jasa baik korang semua untuk tolong aku update info pengajian korang. Harap boleh hantar info ini melalui FB aku atau mesej/whatsapp aku (011 1767 6177) secepat mungkin.
-Nama Penuh:
-Kronologi Pengajian:
-Tajaan:
Kronologi pengajian tu mula dari lepas SPM sampai sekarang, ikut turutan. Sertakan nama kursus, nama institusi pengajian dan negara (terutamanya bagi institusi luar negara). Contoh:
-Nama Penuh: Akmal Adib bin Fadzil
-Kronologi Pengajian:
1. Foundation in Medical Sciences. Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Penang, Malaysia.
2. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS). Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP), Malaysia.
-Tajaan: Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Info ini akan dikumpulkan dan disimpan untuk kegunaan sekolah buat masa akan datang. Info ini juga akan dipublishkan di blog batch, tetapi jika ada yang tak mahu boleh inform aku. Aku censorkan info korang.
Sekian,
Akmal Adib Fadzil.

Monday 8 September 2014

Alam Universiti: Memulakan Perjalanan Baru, Meneruskan Perjuangan Sama


Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Admin tengok dalam laman-laman sosial ni dah nampak ramai ahli Evo yang sudah mula sambung belajar peringkat degree. Ada juga yang sambung belajar di luar negara. Syukur kepada-Nya kerana kita semua berjaya memasuki fasa baru dalam usaha membina sebuah kehidupan yang berjaya. 

Admin sekarang baru mula sambung belajar di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) dalam bidang perubatan (MBBS). MBBS tu Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery. Syukur kepada-Nya. 5 tahun lagi baru boleh bergelar doktor, jika diizinkan-Nya.

Pada kesempatan ini admin hendaklah ekspresikan kesyukuran dan kegembiraan admin kepada semua ahli Evo yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Kepada yang masih belum berpeluang sambung belajar (jika ada), semoga Tuhan membukakan rezeki ini kepada anda atau diberi oleh-Nya yang lebih baik lagi.

Admin juga ingin mengingatkan semua dan admin juga supaya jangan alpa dalam perjuangan kita belajar untuk kejayaan kita semua. Kepada yang menerima tajaan, sentiasa ingat bahawa anda memegang amanah yang diberi kepada anda. Begitu juga kepada mereka yang ditaja keluarga mereka. Amanah keluarga yang digalas pada anda jangan anda biarkannya sia-sia. Tak dilupakan juga supaya memberitahu maklumat pengajian anda kepada admin ataupun kurator twitter Evo. Admin dan kurator setia menanti maklumat anda. Kalau lupa, rujuk DI SINI.

Akhir kata, admin kirimkan rangkap lagu ini kepada anda semua:

"Harapan semoga dirimu dilindungi sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya diredai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini diperlukan namun tiada
Doa dan harapan hanya mampu ku utus bersama..."

Friday 22 August 2014

Malaysia Mourns MH17 : A Tribute From Evolution95


Malaysia, August 22. Here, on this day...

Kids mourn over loss of their parents,
Families mourn over loss of their relatives,
Friends mourn over loss of their lost friends,
Workers mourn over loss of their comrades,
Managers mourn over loss of their staffs,
Ministers mourn over the loss of their people,
The King mourn over loss of His subjects,
Even the Mother Nature mourns over her lost inhabitants.

As the plane touches the ground,
Bringing along the dead remains of the lost ones,
The whole nation stood in solidarity,
Mourning and honoring the dead.

As the dead departs to the afterlife,
May His mercy, His bless, His light,
Reaches their souls.
Farewell MH17 victims,
Rest in peace after your long journey.




Wednesday 9 July 2014

Pengumuman: Pengemaskinian Maklumat Pengajian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lebih setahun kita meninggalkan SMSJ dan melanjutkan pengajian dalam bidang yang diingini masing-masing. Kita semua telahpun menyambung pengajian masing-masing di peringkat yang lebih tinggi dan ada juga yang telah mulakan pengajian di peringkat ijazah. Oleh itu, atas permintaan kurator @twt_Evolution95, saya ingin mengemaskini maklumat pengajian masing-masing. Sekiranya anda TELAH MEMULAKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH ATAU DIPLOMA, sila HANTARKAN MAKLUMAT PENGAJIAN anda kepada saya MENGIKUT KETETAPAN SEPERTI DI BAWAH:

NAMA PENUH:
NAMA PENUH KURSUS PENGAJIAN:
PERINGKAT DIPLOMA ATAU IJAZAH:
TEMPOH:
NAMA PENUH INSTITUSI PENGAJIAN:
TAJAAN (JIKA ADA):
MAKLUMAT LAIN (JIKA ADA):

Sila hantarkan maklumat tersebut melalui emel (akmaladib_951227@yahoo.com.my), Facebook Akmal Adib Fadzil (mesej), WhatsApp (011-1767 6177) atau WeChat (ID: akmaladibfadzil).

Sekiranya anda BELUM MEMULAKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH ATAU DIPLOMA, anda TIDAK PERLU berbuat demikian. Anda hanya perlu menghantar maklumat tersebut SETELAH anda memulakan pengajian peringkat ijazah atau diploma pada masa akan datang. Sila maklumkan juga jika pada masa hadapan berlaku perubahan terhadap informasi yang anda berikan.

Usaha pengemaskinian ini adalah usaha jangka panjang yang memakan masa mungkin berbulan-bulan. Hal ini adalah demikian kerana tidak semua orang memulakan pengajian peringkat ijazah secara serentak dan ada juga yang belum tamat pengajian di peringkat persediaan lagi.

Saya berharap anda semua dapat memberikan kerjasama kepada saya kerana saya juga sedang belajar dalam bidang pengajian saya sendiri dan saya juga mengalami masalah capaian internet buat masa ini. Saya juga berharap agar anda dapat sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan Evolution95 yang lain supaya mesej ini dapat sampai kepada semua.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Sekian.

Tuesday 12 November 2013

EVOLUTION95 Back To SMSJ

Credits to Facebook Account of Zanariah Abdol and Ahmad Syukri Ahmad for the pictures.







Sunday 3 November 2013

SPM 2012 CERTIFICATES

Good evening.
Just a kind reminder to all members.

Please take note that our real SPM 2012 certificates had been sent to our school (SMSJ) on 17 September. You can take it at our school's office during office hours. If you want to take it, please bring along your IC because it needs to be shown when you want to take it. In addition, I recommend you take it by yourself instead of asking someone to take it on your behalf as you'll need to sign your signature when you take the certificate. 

Best regards

Monday 14 October 2013

Salam Aidiladha 2013




Principal Idris Ahmad Retirement - A Commemoration

"Kalau bukan kerana unggas,
Tiadalah rosak padi di sawah;
Kalaulah bukan kerana tugas,
Tiadalah kita akan berpisah."

"Gunung Bintan lekuk di tengah,
Sayang penyegat kubunya tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi kuingat kusanjung juga."

"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi."

From Ordo Administratum and Evolution95,
We wish you a happy, better and blessed life.
Your name will be known,
In the history of Evolution95.
Your contributions and deeds,
Will be remembered.
We will miss you.
Picture courtesy of MERCU SMSJ 2013

Aidilfitri Convoy Evolution95 2013

During this year's Aidilfitri Holiday, some of our members has made a convoy, visiting some of our teachers who had taught us when we were at SMSJ. A wonderful, enjoying, interesting one event I might add, based on others' testimonies.

From the site's Ordo Administratum, we would like to thank them who organised and participated in this event. We hope that in future times, this event can be organised at a larger scale including more participation.

With Miss Roswati Sunar, our Physics teacher.

Some members of the convoy.

Members of the convoy.