Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday 11 March 2013

"Nak berjaya, mesti kena rajin, tak rajin apa pun tak jadi maa".

Sekadar renungan untuk kita ahli Evolution95 dan pembaca yang lain. Artikel ini diambil daripada salah seorang ahli Evolution95 (Ambok Muhammad Izwan) di Facebook tentang pengalaman dia berbual bersama seorang India semasa balik ke rumah naik bas selepas kerja sambilan.
_____________________________________________________________________________

"Nak share sedikit ilmu aku yang sangat cetek ni. Aku sekarang kerja sambilan dekat bandar, jauh dari rumah, so kena lah naik bas hampir sejam pergi balik. Pendek cerita, aku dalam bas selalu lah berbual dengan random people. Tak lah duduk diam je dengar lagu, bosan. Dan satu hari tu, aku jumpa satu orang India ni, umur 33 tahun. Dia cerita lah sikit pasal background dia. 

Dia ni kerja dekat Singapura, tapi rumah dekat Taman Universiti. Jadi dia balik cuma seminggu dua kali lah. Gaji boleh tahan lumayan. Standard lah gaji dalam dollar convert jadi ringgit memang banyak. Boleh kata berjaya lah jugak. Tapi gaji lumayan yang dia dapat sekarang bukan sikit usaha dia. So,ini cerita macam mana dia boleh dapat apa yang dia ada sekarang. Apa yang dia cerita sebenarnya cerita yang kita biasa dengar. 

Biasalah bumiputera susah nak dapat bantuan kerajaan. Jadi, dulu dia terpaksa kerja dulu penat penat, kumpul duit, baru boleh sambung belajar. Tengok tu, kita orang Melayu senang senang je dapat PTPTN dan biasiswa, tapi itupun nak complain lagi. Kurang hajar kan tu? :)

Sambung balik, dia kerja dalam setahun kat Singapura then cukup duit, dia belajar dekat politeknik kat Singapura jugak. Dia kata, orang Melayu Singapura jauh beza dengan orang Melayu Malaysia, diorang rajin dan bergeliga, belajar tak main main. Sebabnya, peluang kat Singapura tu sama rata. Ya, sama rata. Diorang takde kuota bumiputera macam kat Malaysia. So,takde masa nak main main ke politik ke. No is no. See.

Then dia kata, orang Cina India Malaysia sebenarnya memang benci kerajaan. Yang ni aku rasa bukan fikiran majoriti orang kita kot. Mungkin dia je fikir perkara ni sebab dia dah rasa sakitnya tak dapat bantuan. Yalah, diorang kalau Ijazah tinggi mana pun masih susah dapat kerja dalam kerajaan. Sebab tu orang Cina dan India ni independent, diorang punya syarikat boleh berkembang jauh sebab diorang sedar, kalau diorang duduk diam, kebulur lah jawabnya.

Yang bagusnya, orang Melayu kita masih ada jati diri dan perangai tak seteruk Melayu kat Singapura, maksiat itu bebas dibuat kat sana tak kira Islam ke tak. Diorang takde jabatan pencegah maksiat. Hehe.

So, dia pesan, "Nak berjaya, mesti kena rajin, tak rajin apa pun tak jadi maa"."

___________________________________________________________________________________________

Pandangan peribadi : hayati lagu Jangan Menyerah-D'Masiv...."...syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah, tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik..."

No comments:

Post a Comment