Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday 18 March 2013

PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2012


KUALA LUMPUR : Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada Khamis ini (21 Mac 2013). 

Peperiksaan bertulis SPM yang diadakan dari 5 November 2012 hingga 6 Disember 2012 yang lalu dengan calon berdaftar seramai 472 541 calon di 3 590 pusat peperiksaan kini boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan. 

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan mySMS dengan menaip <(jarak)><(Nombor Kad Pengenalan)><(jarak)><(Nombor Angka Giliran)> dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada Khamis ini dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam 27 Mac. 


-Adaptasi Harian Metro dan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)-

No comments:

Post a Comment