Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Wednesday 9 July 2014

Pengumuman: Pengemaskinian Maklumat Pengajian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lebih setahun kita meninggalkan SMSJ dan melanjutkan pengajian dalam bidang yang diingini masing-masing. Kita semua telahpun menyambung pengajian masing-masing di peringkat yang lebih tinggi dan ada juga yang telah mulakan pengajian di peringkat ijazah. Oleh itu, atas permintaan kurator @twt_Evolution95, saya ingin mengemaskini maklumat pengajian masing-masing. Sekiranya anda TELAH MEMULAKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH ATAU DIPLOMA, sila HANTARKAN MAKLUMAT PENGAJIAN anda kepada saya MENGIKUT KETETAPAN SEPERTI DI BAWAH:

NAMA PENUH:
NAMA PENUH KURSUS PENGAJIAN:
PERINGKAT DIPLOMA ATAU IJAZAH:
TEMPOH:
NAMA PENUH INSTITUSI PENGAJIAN:
TAJAAN (JIKA ADA):
MAKLUMAT LAIN (JIKA ADA):

Sila hantarkan maklumat tersebut melalui emel (akmaladib_951227@yahoo.com.my), Facebook Akmal Adib Fadzil (mesej), WhatsApp (011-1767 6177) atau WeChat (ID: akmaladibfadzil).

Sekiranya anda BELUM MEMULAKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH ATAU DIPLOMA, anda TIDAK PERLU berbuat demikian. Anda hanya perlu menghantar maklumat tersebut SETELAH anda memulakan pengajian peringkat ijazah atau diploma pada masa akan datang. Sila maklumkan juga jika pada masa hadapan berlaku perubahan terhadap informasi yang anda berikan.

Usaha pengemaskinian ini adalah usaha jangka panjang yang memakan masa mungkin berbulan-bulan. Hal ini adalah demikian kerana tidak semua orang memulakan pengajian peringkat ijazah secara serentak dan ada juga yang belum tamat pengajian di peringkat persediaan lagi.

Saya berharap anda semua dapat memberikan kerjasama kepada saya kerana saya juga sedang belajar dalam bidang pengajian saya sendiri dan saya juga mengalami masalah capaian internet buat masa ini. Saya juga berharap agar anda dapat sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan Evolution95 yang lain supaya mesej ini dapat sampai kepada semua.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Sekian.