Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Thursday 18 April 2013

TARIKH HARI ANUGERAH CEMERLANG TELAH DITUKAR

SM SAINS JOHOR, 15 Mei : Tarikh bagi Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SMSJ 2012 telah ditukar daripada 27 April (Sabtu) kepada 4 Mei (Sabtu). Tempat, masa dan maklumat-maklumat lain adalah kekal tanpa perubahan. 

Kenyataan daripada FB Group SMSJ
Apabila ditanya tentang sebab pertukaran itu, pihak sekolah memberitahu bahawa pihak sekolah menyangkakan khabar angin yang menyatakan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)yang akan jatuh pada 27 April itu adalah benar. Pihak sekolah pada masa itu memutuskan untuk menukar tarikh HAC kepada 4 Mei dan telah menghantar surat jemputan kepada para tetamu. Apabila tarikh sebenar PRU-13 diumumkan, pihak sekolah terkejut dan cuba untuk menukar balik tarikh HAC kepada 27 April. 
Masalahnya, tempahan dewan di Hotel Prime City tidak boleh ditarik balik dan surat jemputan HAC pada 4 Mei telah dihantar kepada para jemputan. Setelah pihak sekolah bermesyuarat, pihak sekolah memutuskan untuk mengekalkan tarikh HAC pada 4 Mei. 

“Walaubagaimanapun, majlis itu tidak akan berlangsung terlalu lama dan akan tamat lebih awal untuk memberi laluan kepada semua jemputan dan para guru pulang ke tempat mengundi di tempat tinggal masing-masing,” ujarnya. 

Apabila ditanya tentang cuti am pada 5 dan 6 Mei kepada semua penjawat kerajaan, pihak sekolah menyambut baik perkara itu dan menunggu surat pekeliling daripada kerajaan untuk pengesahan cuti itu.

-BERITA EVOLUTION95-SMSJ (BERES)-

PESANAN DARIPADA KAUNSELOR UNTUK TEMUDUGA

Admin copypaste daripada Facebook Group Evolution95. Mungkin ayat-ayatnya tidak menggunakan bahasa baku. Faham-fahamkan sendiri sahajalah ya? 

 “Aku baru balik dari SMSJ bersama Saifullah Alias dan sekarang aku berada di cc kluang sedang tunggu bas. Tadi kitorang berbual dengan C. Siti Zanaria dan dia ada bagi tips dan nasihat untuk kitorang dan sesape yg akan pergi interviu mara nanti.

Antara point yang aq dapat jot down ialah: 
1. Pakaian:bagi lelaki paling sesuai pakai baju kemeja warna putih atau krim putih untuk nampak neutral.Elakkan pakai baju yang melambangkan warna pilitik seperti biru dan hijau (aku baru kena tegur tadi).Seluar slack dan tali pinggang yang biasa.Bagi perempuan kalau boleh elakkan bawa handbag masa pergi interviu. 
2.Etika duduk:jangan silangkan kaki,jangan sandar,jangan duduk seperti terpaksa.Jangan
duduk sampai dia suruh duduk. 
3.Soalan:beri perhatian terhadap soalan diberi.Apabila jawab,jangan panjang lebar,cukup sekadar lepas point yang dia nak dalam soalan.Pastikan jawapan diberi bertepatan dengan soalan.Seboleh-bolehnya elakkan taktik 'menggoreng' soalan yang diberikan jika tak tahu.Kalau memang tak tahu jawapan,cakap maaf,saya tak tahu untuk menunjukkan yang kita ada integriti. 
4.Percakapan:jangan cakap macam menjerit,cukup sekadar penemuduga dapat dengar dengan jelas.kalau nak cakap,tengok dulu interviewer tu cakap bm ke bi.jangan interviuwer ckp bm kw ckp bi,confirm x pass. 
5.Personaliti:sentiasa murah dengan senyuman.jangan bajet berlagak dan overconfident.be humble.kemas,tak nak nampak selekeh gitu. 
6.Pengenalan diri:tidak perlu cerita tentang pencapaian kita kat sk sbb dh ada dlm resume yg kita buat.x perlu beria.cukup sekadar berkaitan diri seperti nama,umur,tempat tinggal,adik beradik dan kronologi pendidikan. 
7.sebelum nak interview,baca doa penerang hati,surah al-Insyirah dan selawat.buat solat hajat sebelum nak pergi,doa supaya lembutkan hati penemuduga. 
8.resume biar maklumatnya tepat dan tak boleh dipertikaikan penemuduga.kalu boleh buat dwibahasa.jangan menipu atau merepek dalam resume. 
9.cikgu cakap hati-hati dengan soalan 'killer' yang biasanya akan diajukan di penghujung temuduga.mungkin menyentuh isu semasa,general knowledge,tunjukkan bakat etc.anything can happen in the last question. 

aq rasa tu je yg aq smpt jot down dr ckp cikgu.nk lagi tanya tomok.sori klw ada typing error sbb aq tgh rushing nk balik bp ni,takut t'tinggal bas. all the best for me and those who'll be interviewed tomorrow.kbye. sekadar menyampaikan amanah.assalamualaikum.”

Saturday 6 April 2013

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC) SMSJ 2013

SM SAINS JOHOR , Jumaat : Pada hari semalam (Jumaat, 5 April), Pengurus Laman Web Evolution95 telah membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ). Semasa lawatan itu, Pengurus telah mengajukan beberapa soalan kepada salah seorang pihak pengurusan HAC SMSJ 2013 iaitu Pn. Hasnah Omar berkaitan perkara-perkara berbangkit sempena HAC. 


(Kenyataan daripada laman sosial Facebook Sms Johor)
Adakah penerima Anugerah Perfect Score (PSC) perlu bayar RM 30? 

Soalan utama yang diajukan kepada pihak pengurusan adalah tentang soal pembayaran RM 30. Semua orang sedia maklum bahawa ahli keluarga selain penerima anugerah PSC yang hendak hadir perlu membayar RM 30. Masalahnya, adakah penerima Anugerah PSC perlu bayar RM30 juga? Pn. Hasnah Omar menyatakan bahawa penerima juga perlu bayar RM 30 kerana pihak sekolah tidak ada menaja penerima anugerah pada HAC nanti kerana majlis ini tidak menggunakan dana Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). “Walaubagaimanapun, jika penerima anugerah tidak membayar RM 30, pihak sekolah akan menolak RM 30 daripada sumbangan PIBG kepada penerima anugerah(RM 100), menjadikan sumbangan yang diperoleh penerima ialah RM 70 sahaja. Sumbangan bagi penerima yang tidak hadir pada HAC pula tidak akan ditolak RM 30,” katanya. Tambahnya, maklumat lanjut boleh didapati daripada laman sosial Facebook Sms Johor. 

Bagaimanakah penerima yang tidak hadir pada HAC boleh mengambil sumbangannya? 
Menyentuh persoalan itu, pihak sekolah sudah menerima beberapa panggilan daripada pihak penerima yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat hadir untuk menerima sumbangan RM 100. Buat masa ini, pihak sekolah belum mempunyai cara untuk menyampaikan sumbangan itu kepada penerima yang tidak hadir. Sebarang maklumat berkaitan perkara ini akan diberitahu kelak. 

PRU-13 dan tarikh majlis HAC. 
Terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa tarikh mengundi bagi PRU-13 akan jatuh pada hari Sabtu,27 April 2013 yang kebetulannya sama dengan tarikh majlis HAC. Apabila pihak pengurusan ditanya tentang perkara ini, pihak pengurusan masih menunggu pengumuman tarikh mengundi daripada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR). “Tarikh itu (tarikh mengundi) masih belum diumumkan SPR. Kami di sini berharap agar khabar angin itu (tarikh mengundi) tidak benar supaya kami tidak perlu menunda tarikh HAC. Mungkin kami akan buat solat hajat tentang perkara ini?” ujarnya. 

Kenapa pelajar yang tidak mendapat keputusan PSC tidak boleh hadir ke HAC? 
Sebenarnya, majlis HAC ini hanyalah untuk menyampaikan anugerah dan sumbangan kepada para pelajar SMSJ 2012 yang cemerlang dalam bidang akademik termasuk daripada Tingkatan 1, 2 dan 4 pada tahun lepas. Oleh itu, para pelajar Evolution95 yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012 tidak perlu dijemput hadir. Tambahan pula, majlis ini bukanlah majlis Hari Graduasi. Jika majlis ini ialah Hari Graduasi, semua pelajar SPM 2012 akan dijemput dan majlis ini hanya berfokus pada pelajar SPM 2012 sahaja. Apabila ditanya tentang adakah pihak sekolah akan menganjurkan Hari Graduasi untuk pelajar SPM 2012, pihak pengurusan menyatakan tidak.