Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday 18 March 2013

SAHKAN SIJIL-SIJIL ANDA


SM SAINS JOHOR, Februari 2013 : En. Sahnizam bin Miswan, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) mengingatkan kepada semua ahli Evolution95 supaya mengesahkan sijil-sijil yang mereka perolehi semasa di SM Sains Johor (SMSJ). GPK HEM menyampaikan pesan ini kepada Pengurus Blog Evolution95, Akmal Adib bin Fadzil semasa lawatannya ke SMSJ pertengahan Februari lalu. 

Sijil-sijil yang dimiliki oleh para ahli hendaklah difotostat terlebih dahulu sebelum salinan fotostat itu dihantar untuk pengesahan. Sijil-sijil yang asli tidak perlu disahkan. Menurut GPK HEM, pengesahan boleh diambil daripada Pengetua SMSJ,Tn. Hj. Idris bin Ahmad ataupun barisan GPK sekolah iaitu Tn. Hj. Khairudin bin Sapar (GPK Pentadbiran); En. Sahnizam bin Miswan (GPK HEM) dan En. Abdul Samad bin Sulaiman (GPK Kokurikulum). Pengesahan juga boleh dibuat oleh pemimpin atau ketua kampung bagi tempat tinggal ahli. 

 Tambahnya lagi, pengesahan ini adalah perlu sebagai langkah persediaan bagi para ahli terutamanya pada sesi temu duga biasiswa serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Menurutnya, para penemu duga mungkin akan meminta sijil-sijil pelajar yang telah disahkan sebagai bukti sokongan kepada pencapaian pelajar. Oleh sebab itu, semua ahli perlu mendapatkan pengesahan secepat mungkin daripada pihak-pihak tersebut. Kenyataan ini juga disokong oleh para ahli yang menjadi peserta Program Temuduga dan Penyediaan Resume pada Julai 2012. 

“Pengesahan sijil oleh pihak sekolah mungkin akan mengambil masa bergantung pada jumlah sijil yang dihantar. Kalau sijilnya tak banyak, pengesahan hanya akan mengambil masa beberapa puluh minit atau serta-merta. Kalau banyak, mungkin akan mengambil masa sehari dua. Satu lagi, kalau tak ada siapa-siapa (Pengetua atau GPK), tinggalkan sijil di pejabat dan maklumkannya kepada pekeja pejabat,” katanya.

No comments:

Post a Comment