Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Thursday 28 March 2013

MEMORIES OF EVOLUTION 95 (2008-2010)









I LOVE ALL OF YOU ,
EVOLUTION 95
:)
BLOG AUTHOR :
DR. AHMAD SYUKRI BIN AHMAD AL-HAFIZ
(SOON TO BE,INSYAALLAH)

Monday 25 March 2013

PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MARKAH MERIT (CGPA)


PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MARKAH MERIT 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Admin #1 baru telah terima tweet daripada @ns2dio dan @ElyaHaziqah yang mencadangkan supaya Admin #1 menaip satu post tentang penyediaan dan pengiraan markah merit (CGPA) .
Post yang ini berdasarkan pengiraan meritokrasi yang ada markah akademik (90% CGPA) dan markah kokurikulum (10% CGPA).

Bagi penyediaan dan pengiraan markah akademik, sila lihat gambar di bawah yang diambil daripada Pekeliling JPT Malaysia :




Bagi pengiraan markah ko-kurikulum, sila lihat pada pautan yang disediakan :

Sekiranya masih tidak faham, boleh rujuk kaunselor sekolah atau hubungi saya di talian 011-17676177 untuk pertanyaan ataupun bantuan pengiraan.

Thursday 21 March 2013

TAHNIAH KEPADA EVOLUTION95 PERFECT SCORER SPM 2012


Tahniah kepada 39 orang ahli Evolution 95 yang telah mendapat anugerah Perfect Score (PSC) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.

  1. MOHAMAD HAZIQ BIN SA’ADON – 8A+ 1A
  2. MOHAMAD NUR ADZMI BIN MOHAMAD AYUB – 8A+ 1A
  3. MOHAMAD ZHARFAN IZZUDDIN BIN JALIL – 8A+ 1A
  4. MUHAMMAD FAIZEEN BIN ABD RAZAK – 8A+ 1A
  5. KHAIRUZ ZAKI BIN MD RUJHAN – 7A+ 3A
  6. MOHAMAD HAFIS BIN ABD RAZAK – 7A+ 3A
  7. SHARULL SHAFIK BIN JON RAHMAT – 7A+ 2A
  8. MUHAMAD NUR AZIZI BIN JASMAN – 7A+ 2A 1A-
  9. DINARAMALAR A/P SUKKIRASINGAM – 6A+ 3A
  10. IZAZI HAZIRAH BINTI MHD KASMAN – 6A+ 3A
  11. MOHAMAD JEFFREY BIN JAMIL – 6A+ 3A 1A-
  12. MUHAMAD FAZRY BIN HAMIS – 6A+ 3A 1A-
  13. MOHAMAD ADZFAR BIN ARSHAD – 6A+ 3A 1A-
  14. NURUL ADIBAH BINTI SA’ADON – 6A+ 3A 1A-
  15. MUHAMMAD ZUL AMIN BIN MD MAAROF – 6A+ 1A 3A-
  16. SAMAWI BIN JAILANI – 5A+ 5A
  17. SO TSUK MAY – 5A+ 5A
  18. ILYA FARHANA BINTI ZULKEFLEE – 5A+ 4A
  19. MOHAMAD KHAIRIL ANNWAR BIN LATIN – 5A+ 4A
  20. NUR ARINE BINTI SALLEH – 5A+ 4A
  21. MUHAMAD SAIFULLAH BIN ALIAS – 5A+ 4A 1A-
  22. MOHD SYAFIQ BIN MOHD FAUZI – 5A+ 4A 1A-
  23. AKMAL ADIB BIN FADZIL – 5A+ 3A 2A-
  24. AMBOK MUHAMMAD IZWAN BIN AMBOK SULOH – 5A+ 3A 2A-
  25. MUHAMAD ANWAR HAFIZI BIN TUKIRAN – 5A+ 3A 1A-
  26. NURSYAMILA IZZATIE BINTI ROSDIN – 5A+ 4A-
  27. MUHAMMAD HAFIZ AMZAR BIN HUSSSAIN – 4A+ 5A
  28. MUHAMMAD NORRAZIN BIN KATHIMAN – 4A+ 4A 2A-
  29. MUHAMMAD RAZZIE BIN JABRI – 4A+ 4A 2A-
  30. NUR SYAHIDATUL NADIA BINTI MOHD ITA – 4A+ 4A 1A-
  31. NURUL ATIKAH BINTI ISMAIL – 4A+ 2A 4A-
  32. VIMALAN A/L LETCHUMANAN – 3A+ 6A 1A-
  33. ALI IMRAN BIN MOHAMED – 3A+ 5A 1A-
  34. MUHAMAD HUSNI BIN ABDUL RAHIM – 3A+ 4A 2A-
  35. FATIN ADRYANA BINTI AZIZAN – 3A+ 3A 3A-
  36. QISTINA NUR BINTI MOHD KAMAL – 3A+ 3A 3A-
  37. RADIN AZREENA BINTI RADIN SHAHROM – 3A+ 2A 4A-
  38. MUHAMMAD NOR HAFIZ BIN ABDUL RAHIM – 2A+ 5A 3A-
  39. MUHAMMAD LATIF BIN ABDUL ROHNI – 2A+ 3A 4A-


Semoga anda semua dapat meneruskan legasi kejayaan yang dikecapi Evolution95 hari ini. Kejayaan anda adalah kejayaan kami!

Bagi ahli-ahli yang tidak mendapat PSC, jangan anggap bahawa dunia telah berakhir kerana rezeki ada di mana-mana. Hanya masa dan Tuhan yang menentukan, insya-Allah.



Wednesday 20 March 2013

Pesanan sebelum ambil keputusan SPM...

Mungkin semua dah dapat artikel ini melalui mesej. Sekadar peringatan bersama.

Assalamualaikum w.b.t.
Sebelum ambil result SPM, baca Al-Fatihah (1 X), Ayatul Kursi (1 X), 
Surah Al-Ikhlas (7 X), Surah Al-Alaq (3 X), Surah An-Nas (3 X).

Berdoa dengan nama ALLAH dengan rendah diri dan mintalah sebagai muslim.
Mulakan perjalanan ke sekolah dengan kaki kanan.
Insya-ALLAH, kejayaan milik kita semua.

Satu lagi, lepas tahu result, bula laman web "imascu" 
untuk tahu syarat kelayakan untuk masuk universiti.


Wassalam.
(Amanah seorang guru)

-Adaptasi mesej kawan kita-

Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2012.

Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2012

Maklumat Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2012. 
Tarikh : 21 Mac 2012 
Masa : Mulai jam 11.00 pagi 
Tempat : Khemah depan DSK 

Etika berpakaian : 
Pelajar lelaki - baju kemeja (tuck-in), seluar slack dan kasut bertutup
Pelajar perempuan - baju kurung dan kasut bertutup

Pelajar yang mendapat 'straight A+' akan menerima sumbangan wang tunai RM500 seorang daripada PIBG SMSJ pada hari tersebut. Kepada semua pelajar SPM 2012 yang akan datang pada hari tersebut diharap dapat mematuhi masa & etika berpakaian seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 

Sekian. Harap maklum. 

-Adaptasi laman sosial Facebook Sms Johor Kluang-

Karnival Pendidikan MARA 2013


Karnival Pengajian Tinggi Negara-JOM MASUK U 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan tagline “JOM MASUK U”. Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan. Mereka yang mendapat manfaat adalah lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia. Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU dan pemilihan program pengajian yang tepat untuk kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014. 

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2013 
Di antara aktiviti dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah :

1. Pameran Pendidikan 1Dream 2U 
2. Seminar Peluang Pengajian Tinggi Negara 1Dream 2U bersama pemimpin masyarakat, 
3. Cabutan Bertuah Jom Masuk U 
4. Cabutan Perdana Jom Masuk U 
5. Kuiz Jom Masuk U 
6. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 
7. Semakan syarat khas kelayakan program 
8. Permohonan Aplikasi Dalam Talian 
9. Pendaftaran Sahabat UPU 
10. Info Hut 
11. Taklimat kenali IPTA / Politeknik / ILKA 
12. Pertandingan Foto Maya dan Teka Silang Kata 
13. Liputan radio secara langsung. 

Pameran Pendidikan 
Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah :

1. 20 IPTA 
2. 100 IPTS terpilih 
3. Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) dan Malaysian Qualification Agency MQA). 
4. Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri. 
5. Yayasan Negeri 
6. Agensi pembiayaan pendidikan 
7. Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat. Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran. 

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2013 
Karvinal Jom Masuk U 2013 akan berlangsung seperti berikut; 



Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. 

Maklumat 
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2013 ini sila hubungi; 

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya. 

Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766 

Helpline UPU 03-8870 6777 

Hot Line UPU 03-8870 6767 

Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 

Faks 03-8870 6864 

e-mel upu@mohe.gov.my 

 -Adaptasi daripada laman web ePutra-Portal Maklumat Pendidikan-

Monday 18 March 2013

PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2012


KUALA LUMPUR : Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada Khamis ini (21 Mac 2013). 

Peperiksaan bertulis SPM yang diadakan dari 5 November 2012 hingga 6 Disember 2012 yang lalu dengan calon berdaftar seramai 472 541 calon di 3 590 pusat peperiksaan kini boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari berkenaan. 

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan mySMS dengan menaip <(jarak)><(Nombor Kad Pengenalan)><(jarak)><(Nombor Angka Giliran)> dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada Khamis ini dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam 27 Mac. 


-Adaptasi Harian Metro dan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)-

SELAMAT PULANG PESERTA PLKN EVOLUTION95


Selamat kembali kepada semua ahli Evolution95 seramai 39 orang yang menjadi peserta PLKN! 

Perjalanan hidup sebagai peserta PLKN dari awal Januari sehingga 16 Mac mesti telah menjadikan anda semua mantap dari segi fizikal dan mental. Kami semua berasa bangga dengan anda semua sebagai insan yang berbakti kepada negara. 

Kami pasti bahawa ada banyak perkara dan pengalaman menarik yang ingin dikongsikan bersama kami semua yang tidak dipanggil untuk PLKN kali ini. Sudah pasti ada banyak perkara baru yang hendak dikongsi sebagai pengetahuan dan pedoman bersama. 

Walau bagaimanapun, daripada pihak Admin, kami berharap agar anda semua tidak lupa untuk menyediakan resume masing-masing dan buat pengesahan bagi semua sijil-sijil anda. 

Seperkara lagi, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menceritakan pengalaman anda di PLKN dalam blog ini, anda boleh menyediakan artikel anda dan hantarkan kepada pihak Admin melalui Facebook atau emel. 

Sekian.

SAHKAN SIJIL-SIJIL ANDA


SM SAINS JOHOR, Februari 2013 : En. Sahnizam bin Miswan, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) mengingatkan kepada semua ahli Evolution95 supaya mengesahkan sijil-sijil yang mereka perolehi semasa di SM Sains Johor (SMSJ). GPK HEM menyampaikan pesan ini kepada Pengurus Blog Evolution95, Akmal Adib bin Fadzil semasa lawatannya ke SMSJ pertengahan Februari lalu. 

Sijil-sijil yang dimiliki oleh para ahli hendaklah difotostat terlebih dahulu sebelum salinan fotostat itu dihantar untuk pengesahan. Sijil-sijil yang asli tidak perlu disahkan. Menurut GPK HEM, pengesahan boleh diambil daripada Pengetua SMSJ,Tn. Hj. Idris bin Ahmad ataupun barisan GPK sekolah iaitu Tn. Hj. Khairudin bin Sapar (GPK Pentadbiran); En. Sahnizam bin Miswan (GPK HEM) dan En. Abdul Samad bin Sulaiman (GPK Kokurikulum). Pengesahan juga boleh dibuat oleh pemimpin atau ketua kampung bagi tempat tinggal ahli. 

 Tambahnya lagi, pengesahan ini adalah perlu sebagai langkah persediaan bagi para ahli terutamanya pada sesi temu duga biasiswa serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Menurutnya, para penemu duga mungkin akan meminta sijil-sijil pelajar yang telah disahkan sebagai bukti sokongan kepada pencapaian pelajar. Oleh sebab itu, semua ahli perlu mendapatkan pengesahan secepat mungkin daripada pihak-pihak tersebut. Kenyataan ini juga disokong oleh para ahli yang menjadi peserta Program Temuduga dan Penyediaan Resume pada Julai 2012. 

“Pengesahan sijil oleh pihak sekolah mungkin akan mengambil masa bergantung pada jumlah sijil yang dihantar. Kalau sijilnya tak banyak, pengesahan hanya akan mengambil masa beberapa puluh minit atau serta-merta. Kalau banyak, mungkin akan mengambil masa sehari dua. Satu lagi, kalau tak ada siapa-siapa (Pengetua atau GPK), tinggalkan sijil di pejabat dan maklumkannya kepada pekeja pejabat,” katanya.

Wednesday 13 March 2013

Laman Web Evo yang lain?

2  hari lepas, Admin telah mendapat panggilan bahawa terdapat laman web batch yang lain.
Apabila Admin siasat, rupanya itu adalah blog yang direka oleh batchmate sendiri tapi bukan yang rasmi dan orangnya ialah Khairuz Zaki.
Yalah, buat tapi tak bagitahu jadi macam mana kita semua nak tahu.
Buat masa sekarang, laman web yang Admin uruskan ini adalah laman web rasmi.
Laman web batch kita yang lain dianggap tidak rasmi memandangkan tiada persetujuan daripada batchmates secara umum.

Apapun, sebagai menghargai jasa,
Admin akan sediakan link nya di sini:


Events Evo95 : Doa Wahdah


Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Moga salamnya bersambut oleh pembaca. 

Admin berasa terpanggil untuk membuat satu post tentang doa wahdah.

Doa wahdah diperkenalkan oleh salah seorang ahli, Ahmad Syukri semasa minggu-minggu terakhir sebelum SPM. Doa ini kemudian mula tersebar dan menjadi satu daripada aktiviti yang dilakukan oleh semua ahli yang beragama Islam selepas bacaan Yaasin pada setiap kali. Aktiviti ini dilanjutkan pula semasa sebelum memasuki dewan peperiksaan semasa SPM.

Yang menariknya, aktiviti bacaan doa ini bukan seperti semasa kita membaca doa (yang biasanya tadah tangan...semua orang faham,kan...). Admin tidak tahu hendak jelaskan macam mana tapi Admin ada sediakan satu video yang dirakamkan oleh Admin. Video ini menunjukkan cara kami membuat aktiviti ini.


Bersama post ini admin ada sediakan lirik doa wahdah dan maksudnya:




Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar

Events Evo95 : Wonderland Melaka

Tarikh : 23 September 2012 
Hari : Ahad Tempat : 
Melaka Wonderland, Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. 

Pada hari Ahad (23/9) sejurus selepas program kami di Kings Hotel Melaka, kami telah pergi ke Wonderland Melaka. Aktiviti ini adalah cadangan daripada ahli-ahli Evolution dan dipersetujui oleh para guru. Pada dasarnya, aktiviti ini diadakan dengan tujuan supaya kami semua dapat beristirehat dan menenangkan fikiran sebelum pulang ke sekolah bagi menghadapi hari-hari akhir sebelum SPM. 

Sebelum kami bermain di dalam sana, kami telah mengikuti aktiviti Telematch yang telah disediakan oleh penyelia di situ. Beberapa aktiviti telah diadakan dalam Telematch ini dan kumpulan dibahagikan mengikut rumah sukan. 


Telematch

Telematch

Telematch

Telematch

Telematch

Telematch

Tidak lama selepas itu, kami bersuka-ria di sekitar Wonderland. Kami banyak bertumpu di kawasan yang memberi cabaran di bahagian atas Wonderland. Kami berada di sana dari pukul 2.30 PM-5.30 P.M. dan kami bertolak pulang ke SMSJ selepas itu.

Oppa Gangnam Style!

Breakdance!

Inside Wonderland

Inside Wonderland

Inside Wonderland

Inside Wonderland

Inside Wonderland

Inside Wonderland

Inside Wonderland

Events Evo95 : Program Kem Perfect Score SMSJ di Kings Hotel, Melaka

Tarikh : 21-23 September 2012 
Hari : Jumaat – Ahad 
Tempat : Kings Hotel Ayer Keroh,No. 30, Lebuh Ayer Keroh,75450 Melaka, Malaysia. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli Evolution 95 dan pembaca sekalian. 

Pada 21-23 September yang lalu, seramai 147 orang ahli Evolution 95 dan beberapa orang guru SMSJ telah mengadakan Program Kem Perfect Score SMSJ di Kings Hotel, Melaka. Program ini bertindak seperti kelas tuisyen dan pemantapan di sekolah tetapi bezanya, program ini diadakan di luar sekolah. Secara umumnya,kami belajar subjek-subjek elektif yang kritikal sepanjang masa berada di sana iaitu Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi (untuk pelajar Sains) dan Teknologi Kejuruteraan (untuk pelajar Teknikal). Bagi subjek Kimia dan Fizik, pihak sekolah telah memanggil cikgu luar iaitu Cikgu Sazali bagi subjek Kimia dan Cikgu ______ bagi subjek Fizik. 

Secara umumnya pada setiap pagi sebelum sarapan, kami akan membuat bacaan Yaasin beramai-ramai seperti yang kami lakukan di sekolah di dewan ceramah. Kemudian,program ‘tuisyen’ ini akan berlangsung sepanjang hari sehingga malam. Sudah semestinya ada tempoh lebih 2 jam pada waktu tengah hari dan petang untuk aktiviti bebas. Setiap subjek mempunyai cara pembelajarannya yang tersendiri. Ada yang menggunakan pendekatan ceramah, latihan dari hand-out diberi, pembentangan dan LDK. 

Bacaan Yaasin
Bacaan Yaasin

Ucapan Ketua Pelajar

Penceramah luar

Cikgu kita pun ada ajar juga

Perbincangan

LDK
Tempat penginapan kami terletak di Kings Apartment iaitu ‘branch’ bagi Kings Hotel yang teletak di belakang kawasan hotel. Setiap bilik apartmen dikongsi oleh 12 orang tetapi ada beberapa orang pelajar yang terpilih dapat menginap di bilik hotel. Kami menjamu selera di Kings Cafe yang terletak di Ground Floor. 
Pemandangan tempat penginapan dari bawah

Tempat penginapan kami.(signboard)

Kings Cafe


Kings Cafe

Kings Cafe
Sepanjang sesi program, kami semua boleh meminta bantuan antara satu sama lain sekiranya terdapat masalah dalam pembelajaran. Kami juga boleh meminta bantuan guru subjek sekiranya terdapat soalan. Pada malam 22/9, pelajar SPM 2011 yang kebetulan belajar di IPT di Melaka iaitu Adib Afham datang melawat kami semua. 

Bersama Adib Afham


Bertanya pada yang tahu

Tanya terus kepada cikgu pun boleh
Program ini berakhir pada hari Ahad (23/9) pada jam 12.00 tengah hari sejurus selepas majlis penutup dan sesi penggambaran. Pada jam 2.00 petang pada hari yang sama, kami semua bersiap sedia untuk bertolak ke Wonderland Melaka.

Sesi bergambar selepas majlis penutup

Sesi bergambar selepas majlis penutup