Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Tuesday 26 February 2013

Events Evo95 : Lawatan ke SM Sains Muzaffar Shah (MOZAC)

Tarikh : 21/09/2012 
Hari : Jumaat Tempat : MOZAC, Melaka 

Pada hari Jumaat, 21 September 2012, semua ahli Evolution 95 dan beberapa orang guru SMSJ telah mengadakan lawatan ke MOZAC, Melaka. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangkaian aktiviti yang diadakan bersempena program untuk pelajar Tingkatan 5. 

Kami tiba di sana pada jam 10.00 pagi dan ketibaan kami disambut oleh para pelajar Tingkatan 5 MOZAC. Kami juga sempat beramah mesra bersama bekas guru SMSJ, En. Mohd. Muskhairil Amin yang kini bertugas sebagai guru IT di sana. 

Cikgu Muskhairil Amin dengan pelajar Evolution95

Kemudian, kami masuk ke dalam dewan MOZAC untuk mendengar taklimat daripada Pengetua dan GPK MOZAC. Taklimat disampaikan oleh Pengetua MOZAC dan GPK 1. Kami juga diberi peluang untuk bersoal jawab dengan guru-guru MOZAC berkaitan perihal sekolah. 
Sedang mendengar taklimat

Sedang mendengar taklimat

Pengetua MOZAC

GPK MOZAC

Salah seorang daripada kami mengajukan soalan.

Guru MOZAC menjawab soalan yang diajukan.
Pertukaran cenderamata SMSJ-MOZAC

Setelah sesi di dalam dewan, kami bersama-sama pelajar Tingkatan 5 MOZAC melawat kawasan sekolah dan asrama MOZAC. Setelah itu, kami menjamu selera di dewan makan sebelum bertolak ke Kings Hotel, Melaka pada jam 12.45 tengah hari.
Menikmati pemandangan indah di MOZAC
Melawat kawasan MOZAC

Melawat kawasan MOZAC

Melawat kawasan MOZAC


Gambar kenangan
Gambar kenangan

Gambar kenangan

Gambar kenangan


Sunday 24 February 2013

MAYBANK FOUNDATION SCHOLARSHIP AWARD 2013

“Sejak permulaan penganugerahan biasiswa ini pada tahun 1972, Maybank telah menaja lebih 1000 pemegang biasiswa termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Anugerah biasiswa ini menggabungkan falsafah CSR kami iaitu ‘Membesar dengan Tanggungjawab’, membantu mereka yang cemerlang untuk menyambung pengajian tinggi mereka dan mengejar peluang karier dengan kumpulan servis kewangan terbesar di negara ini.” 


 Anugerah Biasiswa Yayasan Maybank menyediakan penajaan pembelajaran kepada mana-mana individu untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi sehingga ke peringkat ijazah. Individu yang ingin memohon berhak memilih mana-mana institusi pengajian tinggi baik di luar mahupun di dalam negara. 

 Ciri-ciri yang terdapat dalam biasiswa ini ialah : 
Penajaan penuh daripada peringkat Pra-U/Asasi sehingga ke perinngkat Ijazah (yuran pengajian, komputer riba, tempat tinggal dan elaun sara diri); 
Rangkaian persediaan ke alam kerjaya (latihan, tugasan bisnes, pembentangan dan program komunikasi berkesan); 
Peluang bekerja dengan Maybank. 

Biasiswa ini bukan sahaja menaja pengajian tinggi penerima tetapi juga menyediakan peluang untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang kepimpinan, pemikiran kreatif dan kritis, kebolehsuaian diri, komunikasi dan keyakinan diri. 

Program ijazah yang ditawarkan : 
 Kejuruteraan, IT, Information Systems, Matematik, Syariah, Fiqh, Syariah LLB, Ekonomi Islam, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Bisnes, Pentadbiran Bisnes, Perdagangan, Ekonomi, Pengurusan Sumber Manusia, Perhubungan Antarabangsa, Undang-undang, Psikologi dalam Organisasi/Sosial, Jual-Beli, Pemasaran, Kajian Statistik dan Operasi. 

Mana-mana individu yang ingin memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am berikut : 
 Mendapat keputusan minimum 6 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (Percubaan / Sebenar) atau sama dengannya. 
Pendapatan tahunan isi rumah tidak melebihi RM 120 000
Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti ko-kurikulum. 
Individu cergas yang ingin mencari karier yang mencabar dan memberi ganjaran selepas graduasi. 
Pemohon bukanlah penerima anugerah biasisiswa daripada organisasi / yayasan lain

BAGAIMANA HENDAK MEMOHON? 
Muat turun borang permohonan di sini (http://www.maybank.com/iwov-resources/corporate/document/my/en/pdf/Scholarship_2013_Application_Form.pdf
Hantar melalui pos atau emel (sila rujuk di bawah) 
Nota : sila lihat e-mel anda setelah anda menghantar permohonan untuk arahan seterusnya daripada pihak Maybank. 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 

Informasi Perhubungan 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, cadangan, permohonan, boleh rujuk : 

Alamat : 
 Maybank Scholarship Award 2013, Resourcing Centre, Group Human Capital, 44th Floor, Menara Maybank100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur.

Emel : scholarship@maybank.com.my 

Facebook : www.facebook.com/maybank 

Nombor Telefon : 03 – 2070 8833 Ext 3967/6995/8564 

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! 

*pos ini diadaptasi daripada laman web Maybank Scholarship. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini :http://www.maybank.com/en/careers/students/scholarship.page

Wednesday 20 February 2013

EVOLUTION95 - OUR HISTORY


SEJARAH EVOLUTION95 
Evolution95 merupakan nama kepada sebuah organisasi tingkatan Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) yang diasaskan pada tahun 2008. Organisasi ini merupakan organisasi tingkatan ke-35 yang diwujudkan di SMSJ sejak penubuhannya pada tahun 1974. Organisasi ini wujud berdasarkan sistem batch di SMSJ. Organisasi ini juga dikenali dengan nama batch Evo. 

Nama Batch 
Nama batch yang asal iaitu tidak mempunyai angka ‘95’ telah dicipta oleh Muhammad Saifullah bin Alias pada bulan awal bulan Mei 2009, beberapa minggu sebelum sambutan Hari Guru SMSJ. Perkataan ‘EVOLUTION’ membawa maksud ‘evolusi’ yang sangat sinonim dengan batch ini iaitu sentiasa melakukan perubahan luar biasa pada setiap agenda baik di peringkat pelajar mahupun sekolah. Nombor ‘95’ ditambah pada awal tahun 2010 yang menjadi simbolik kepada tahun lahir ahli batch ini dan sasaran peratus Perfect Score PMR kami pada tahun 2010. Logo dan moto batch iaitu “We are seriously different” merupakan hasil kreativiti Muhammad Naqib Syahmi bin Salan yang tercetus pada awal tahun 2010. 

Ketua Batch 
Sepanjang tahun 2008-2012, organisasi ini telah dipimpin oleh 5 orang ahli yang dikenali sebagai ketua batch. Senarai ketua batch dan tempoh memimpin organisasi adalah seperti di bawah: 

Januari 2008 – Mac 2008 : Muhamad Akmal bin Md. Sakion 

Mac 2008 – Januari 2010 : Mohamad Hafis bin Abdul Razak 

Januari 2010 – Mac 2011 : Sharull Shafik bin Jon Rahmat 

Mac 2011 – Mac 2012 : Mohamad Nur Adzmi bin Mohamad Ayub 

Mac 2012 – Kini : Muhamad Anwar Hafizi bin Tukiran 

Aliran Keluar Masuk Ahli 
Ahli organisasi ini terdiri daripada 2 kelompok yang besar. Kelompok yang pertama terdiri daripada ahli yang mendaftarkan diri ke SMSJ pada tahun 2008-2010 melalui beberapa siri in-take. Kelompok kedua pula ialah ahli yang mendaftarkan diri ke SMSJ pada tahun 2011-2012 melalui 3 siri in-take. Proses keahlian adalah secara automatik setelah mendaftar sebagai pelajar di SMSJ. 

Pada hari Selasa, 8 Januari 2008, kumpulan siri in-take pertama telah mendaftar ke SMSJ sekali gus menjadikan kumpulan ini menjadi ahli awal dalam organisasi ini. Sepanjang 3 tahun, terdapat beberapa penambahan ahli baru dan perpindahan ahli ke sekolah lain. Di penghujung tahun 2010, jumlah ahli yang direkodkan ialah 80 orang lelaki dan 25 orang perempuan. 

Pada awal Januari 2011, seorang ahli, Mohamed Emir Aliff bin Mohamed Nasran telah berpindah ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menjadikan jumlah ahli berkurang kepada 104 orang. Bermula pada 7 Februari 2011, seramai 44 orang pelajar Tingkatan 4 telah mendaftar masuk ke SMSJ melalui 3 siri in-take dan menjadi ahli organisasi ini, menjadikan jumlah ahli sebanyak 148 orang. Sepanjang 2 tahun persekolahan, 3 orang ahli telah berpindah ke sekolah lain iaitu Amirah Aqilah binti Mohd. Zakaria (2011); Muhammad Husaini bin Johari (2011) dan Siti Aisyah binti Rozman (2012). Jumlah akhir bagi ahli organisasi ini ialah 145 orang – 89 orang lelaki dan 56 orang perempuan. 


 Original history created by : Mohamed Emir Aliff (S/U Batch 2010) 

Tuesday 12 February 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Sesi Akademik 2013/2014 (UPU)


Kod Sek. Men. Sains Johor : JEE2043
Untuk membuat permohonan melalui online Link Permohonan UPU Online
Untuk mengetahui markah CGPA Kokurikulum : Aplikasi Mengumpul Markah Ko-Kurikulum
Untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan : Pekeliling JPT Untuk UPU

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah, Naqib Syahmi

“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 196).


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah
Akhirnya telah sampai seru seorang sahabat kita
M. Naqib Syahmi bin Salan
Untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah, Masjidil Haram
Dan mengerjakan ibadah umrah di Tanah Haram
Pada 13 Februari ini

Kami di Evolution95
Ingin memohon maaf 
Andai ada salah dan silap kami terhadapmu
Dan halalkanlah segala perkara yang telah kauberi kepada kami

Kami berharap agar anda sekeluarga
Diberi kemudahan dan kesihatan yang baik
Untuk melaksanakan ibadah umrah di sana
Serta selamat pergi dan balik ke sini

Ingat kami dalam doamu di sana

From us: The Admins

Monday 11 February 2013

Penyediaan Resume



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua ahli Evolution95 dan para pembaca sekalian.

Baru tadi, Admin telah mendapat satu mesej daripada kawan saya di FB yang meminta saya membuat satu pos tentang penyediaan resume. Kebetulan, Admin juga bercadang untuk berbuat demikian. Tambahan pula, Cikgu Norlia (Kaunselor SMSJ) juga mencadangkan saya supaya menulis post ini di blog ini.


Mengikut pemahaman Admin, resume ialah satu dokumen yang selalu dibawa ketika hendak menghadiri sesi temu duga. Dalam resume ini, segala maklumat berkaitan diri kita daripada profil, pencapaian, kebolehan dan lain-lain yang diperlukan terkandung di dalamnya. Jadi, untuk post kali ini, Admin akan terus kepada penyediaan resume tetapi lebih khusus kepada resume untuk lepasan SPM (temuduga biasiswa, kemasukan universiti dan yang seangkatan dengannya).

Secara ringkasnya, setiap resume mestilah mempunyai aspek-aspek berikut:
Maklumat diri (contohnya, nama, IC, alamat, No. Telefon, emel, warganegara);
Objektif (kenapa kita hendak memohon);
Pencapaian akademik (SPM,PMR);
Pencapaian kokurikulum (jawatan pernah disandang, pencapaian, aktiviti kesukarelawan, kursus);
Kebolehan (penggunaan komputer, kebolehan interpersonal, bahasa etc);
Rujukan (pengetua sekolah, ibu bapa etc).

Tiada format yang khusus dalam penyediaan resume seperti surat rasmi (semua orang tahu macam mana formatnya yang sangat detail, ada garis, nombor di tepi, tarikh, nama-nama, baku, alamat, huruf besar .......pening). Jadi, terpulang kepada kita untuk menyediakan resume  dengan kreativiti tersendiri. Perlu anda ingat bahawa cara anda menyediakannya menunjukkan keperibadian anda (kalau orang baca kata resume huru-hara, maknanya peribadi anda pun tidak tentu hala @ tidak terurus. Jadi kena buat balik)

Resume tidak memerlukan kita menceritakan tentang diri kita secara panjang lebar seperti esei. Cukup sekadar kita meletakkan maklumat yang penting dan ringkas sahaja tetapi mudah difahami orang lain.

Satu lagi, sediakan 2 resume yang sama tetapi satu dalam bahasa Melayu dan satu dalam bahasa Inggeris sebagai langkah persediaan (manalah tahu jika penemu duga tidak faham BI). Kalau boleh, print sebanyak yang diingini dan kalau nak laminate pun tidak kisah.

Rasanya itu sahajalah huraian ringkas Admin tentang penyediaan resume. Admin juga telah sertakan beberapa contoh daripada rakan-rakan Evolution95 dan kaunselor sekolah. Sesiapa yang tidak faham tentang huraian Admin di atas, bolehlah rujuk terus ke contoh-contoh di bawah. Tak payah pening-pening kepala nak pikir. Resume anda boleh dibuat mengikut kreativiti sendiri, tidak perlu tiru bulat-bulat daripada contoh di bawah.

Contoh yang pertama datang daripada Sharull Shafik berdasarkan format semasa kursus penyediaan resume di MRSM BP anjuran MMU.

Contoh kedua datang daripada Mohd. Haziq berdasarkan format Yayasan Khazanah.

Contoh ketiga datang daripada kaunselor, Cikgu Norlia. Resume ini datang daripada bekas pelajar SMSJ, Ikhwan Ibrahim yang Admin rasa lebih khusus untuk permohonan kerjaya.

Untuk tips, sila klik link di bawah:

Selamat membuat resume! Assalamualaikum.
-Inquisitor(Admin)-

Sunday 10 February 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013


With the rising of the Sun
May rise your destiny at the peak
May peace rule your heart
May prosperity rule your life
In this Chinese New Year 2013 to come

May this Year of Snake
Will fulfill your life with the light
May this year be as beautiful and bright
As the firecrackers that adorn the night sky

Happy Chinese New Year 2013
To all Chinese people in Malaysia and around the globe
Especially to our batch mate
Jessica So Tsuk May

From us : The Admins