Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Thursday 18 April 2013

TARIKH HARI ANUGERAH CEMERLANG TELAH DITUKAR

SM SAINS JOHOR, 15 Mei : Tarikh bagi Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SMSJ 2012 telah ditukar daripada 27 April (Sabtu) kepada 4 Mei (Sabtu). Tempat, masa dan maklumat-maklumat lain adalah kekal tanpa perubahan. 

Kenyataan daripada FB Group SMSJ
Apabila ditanya tentang sebab pertukaran itu, pihak sekolah memberitahu bahawa pihak sekolah menyangkakan khabar angin yang menyatakan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)yang akan jatuh pada 27 April itu adalah benar. Pihak sekolah pada masa itu memutuskan untuk menukar tarikh HAC kepada 4 Mei dan telah menghantar surat jemputan kepada para tetamu. Apabila tarikh sebenar PRU-13 diumumkan, pihak sekolah terkejut dan cuba untuk menukar balik tarikh HAC kepada 27 April. 
Masalahnya, tempahan dewan di Hotel Prime City tidak boleh ditarik balik dan surat jemputan HAC pada 4 Mei telah dihantar kepada para jemputan. Setelah pihak sekolah bermesyuarat, pihak sekolah memutuskan untuk mengekalkan tarikh HAC pada 4 Mei. 

“Walaubagaimanapun, majlis itu tidak akan berlangsung terlalu lama dan akan tamat lebih awal untuk memberi laluan kepada semua jemputan dan para guru pulang ke tempat mengundi di tempat tinggal masing-masing,” ujarnya. 

Apabila ditanya tentang cuti am pada 5 dan 6 Mei kepada semua penjawat kerajaan, pihak sekolah menyambut baik perkara itu dan menunggu surat pekeliling daripada kerajaan untuk pengesahan cuti itu.

-BERITA EVOLUTION95-SMSJ (BERES)-

No comments:

Post a Comment