Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Saturday 6 April 2013

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC) SMSJ 2013

SM SAINS JOHOR , Jumaat : Pada hari semalam (Jumaat, 5 April), Pengurus Laman Web Evolution95 telah membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ). Semasa lawatan itu, Pengurus telah mengajukan beberapa soalan kepada salah seorang pihak pengurusan HAC SMSJ 2013 iaitu Pn. Hasnah Omar berkaitan perkara-perkara berbangkit sempena HAC. 


(Kenyataan daripada laman sosial Facebook Sms Johor)
Adakah penerima Anugerah Perfect Score (PSC) perlu bayar RM 30? 

Soalan utama yang diajukan kepada pihak pengurusan adalah tentang soal pembayaran RM 30. Semua orang sedia maklum bahawa ahli keluarga selain penerima anugerah PSC yang hendak hadir perlu membayar RM 30. Masalahnya, adakah penerima Anugerah PSC perlu bayar RM30 juga? Pn. Hasnah Omar menyatakan bahawa penerima juga perlu bayar RM 30 kerana pihak sekolah tidak ada menaja penerima anugerah pada HAC nanti kerana majlis ini tidak menggunakan dana Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). “Walaubagaimanapun, jika penerima anugerah tidak membayar RM 30, pihak sekolah akan menolak RM 30 daripada sumbangan PIBG kepada penerima anugerah(RM 100), menjadikan sumbangan yang diperoleh penerima ialah RM 70 sahaja. Sumbangan bagi penerima yang tidak hadir pada HAC pula tidak akan ditolak RM 30,” katanya. Tambahnya, maklumat lanjut boleh didapati daripada laman sosial Facebook Sms Johor. 

Bagaimanakah penerima yang tidak hadir pada HAC boleh mengambil sumbangannya? 
Menyentuh persoalan itu, pihak sekolah sudah menerima beberapa panggilan daripada pihak penerima yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat hadir untuk menerima sumbangan RM 100. Buat masa ini, pihak sekolah belum mempunyai cara untuk menyampaikan sumbangan itu kepada penerima yang tidak hadir. Sebarang maklumat berkaitan perkara ini akan diberitahu kelak. 

PRU-13 dan tarikh majlis HAC. 
Terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa tarikh mengundi bagi PRU-13 akan jatuh pada hari Sabtu,27 April 2013 yang kebetulannya sama dengan tarikh majlis HAC. Apabila pihak pengurusan ditanya tentang perkara ini, pihak pengurusan masih menunggu pengumuman tarikh mengundi daripada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR). “Tarikh itu (tarikh mengundi) masih belum diumumkan SPR. Kami di sini berharap agar khabar angin itu (tarikh mengundi) tidak benar supaya kami tidak perlu menunda tarikh HAC. Mungkin kami akan buat solat hajat tentang perkara ini?” ujarnya. 

Kenapa pelajar yang tidak mendapat keputusan PSC tidak boleh hadir ke HAC? 
Sebenarnya, majlis HAC ini hanyalah untuk menyampaikan anugerah dan sumbangan kepada para pelajar SMSJ 2012 yang cemerlang dalam bidang akademik termasuk daripada Tingkatan 1, 2 dan 4 pada tahun lepas. Oleh itu, para pelajar Evolution95 yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012 tidak perlu dijemput hadir. Tambahan pula, majlis ini bukanlah majlis Hari Graduasi. Jika majlis ini ialah Hari Graduasi, semua pelajar SPM 2012 akan dijemput dan majlis ini hanya berfokus pada pelajar SPM 2012 sahaja. Apabila ditanya tentang adakah pihak sekolah akan menganjurkan Hari Graduasi untuk pelajar SPM 2012, pihak pengurusan menyatakan tidak.

No comments:

Post a Comment