Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Sunday 24 February 2013

MAYBANK FOUNDATION SCHOLARSHIP AWARD 2013

“Sejak permulaan penganugerahan biasiswa ini pada tahun 1972, Maybank telah menaja lebih 1000 pemegang biasiswa termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Anugerah biasiswa ini menggabungkan falsafah CSR kami iaitu ‘Membesar dengan Tanggungjawab’, membantu mereka yang cemerlang untuk menyambung pengajian tinggi mereka dan mengejar peluang karier dengan kumpulan servis kewangan terbesar di negara ini.” 


 Anugerah Biasiswa Yayasan Maybank menyediakan penajaan pembelajaran kepada mana-mana individu untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi sehingga ke peringkat ijazah. Individu yang ingin memohon berhak memilih mana-mana institusi pengajian tinggi baik di luar mahupun di dalam negara. 

 Ciri-ciri yang terdapat dalam biasiswa ini ialah : 
Penajaan penuh daripada peringkat Pra-U/Asasi sehingga ke perinngkat Ijazah (yuran pengajian, komputer riba, tempat tinggal dan elaun sara diri); 
Rangkaian persediaan ke alam kerjaya (latihan, tugasan bisnes, pembentangan dan program komunikasi berkesan); 
Peluang bekerja dengan Maybank. 

Biasiswa ini bukan sahaja menaja pengajian tinggi penerima tetapi juga menyediakan peluang untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang kepimpinan, pemikiran kreatif dan kritis, kebolehsuaian diri, komunikasi dan keyakinan diri. 

Program ijazah yang ditawarkan : 
 Kejuruteraan, IT, Information Systems, Matematik, Syariah, Fiqh, Syariah LLB, Ekonomi Islam, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Bisnes, Pentadbiran Bisnes, Perdagangan, Ekonomi, Pengurusan Sumber Manusia, Perhubungan Antarabangsa, Undang-undang, Psikologi dalam Organisasi/Sosial, Jual-Beli, Pemasaran, Kajian Statistik dan Operasi. 

Mana-mana individu yang ingin memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am berikut : 
 Mendapat keputusan minimum 6 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (Percubaan / Sebenar) atau sama dengannya. 
Pendapatan tahunan isi rumah tidak melebihi RM 120 000
Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti ko-kurikulum. 
Individu cergas yang ingin mencari karier yang mencabar dan memberi ganjaran selepas graduasi. 
Pemohon bukanlah penerima anugerah biasisiswa daripada organisasi / yayasan lain

BAGAIMANA HENDAK MEMOHON? 
Muat turun borang permohonan di sini (http://www.maybank.com/iwov-resources/corporate/document/my/en/pdf/Scholarship_2013_Application_Form.pdf
Hantar melalui pos atau emel (sila rujuk di bawah) 
Nota : sila lihat e-mel anda setelah anda menghantar permohonan untuk arahan seterusnya daripada pihak Maybank. 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 

Informasi Perhubungan 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, cadangan, permohonan, boleh rujuk : 

Alamat : 
 Maybank Scholarship Award 2013, Resourcing Centre, Group Human Capital, 44th Floor, Menara Maybank100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur.

Emel : scholarship@maybank.com.my 

Facebook : www.facebook.com/maybank 

Nombor Telefon : 03 – 2070 8833 Ext 3967/6995/8564 

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! 

*pos ini diadaptasi daripada laman web Maybank Scholarship. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini :http://www.maybank.com/en/careers/students/scholarship.page

No comments:

Post a Comment