Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Wednesday 20 February 2013

EVOLUTION95 - OUR HISTORY


SEJARAH EVOLUTION95 
Evolution95 merupakan nama kepada sebuah organisasi tingkatan Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) yang diasaskan pada tahun 2008. Organisasi ini merupakan organisasi tingkatan ke-35 yang diwujudkan di SMSJ sejak penubuhannya pada tahun 1974. Organisasi ini wujud berdasarkan sistem batch di SMSJ. Organisasi ini juga dikenali dengan nama batch Evo. 

Nama Batch 
Nama batch yang asal iaitu tidak mempunyai angka ‘95’ telah dicipta oleh Muhammad Saifullah bin Alias pada bulan awal bulan Mei 2009, beberapa minggu sebelum sambutan Hari Guru SMSJ. Perkataan ‘EVOLUTION’ membawa maksud ‘evolusi’ yang sangat sinonim dengan batch ini iaitu sentiasa melakukan perubahan luar biasa pada setiap agenda baik di peringkat pelajar mahupun sekolah. Nombor ‘95’ ditambah pada awal tahun 2010 yang menjadi simbolik kepada tahun lahir ahli batch ini dan sasaran peratus Perfect Score PMR kami pada tahun 2010. Logo dan moto batch iaitu “We are seriously different” merupakan hasil kreativiti Muhammad Naqib Syahmi bin Salan yang tercetus pada awal tahun 2010. 

Ketua Batch 
Sepanjang tahun 2008-2012, organisasi ini telah dipimpin oleh 5 orang ahli yang dikenali sebagai ketua batch. Senarai ketua batch dan tempoh memimpin organisasi adalah seperti di bawah: 

Januari 2008 – Mac 2008 : Muhamad Akmal bin Md. Sakion 

Mac 2008 – Januari 2010 : Mohamad Hafis bin Abdul Razak 

Januari 2010 – Mac 2011 : Sharull Shafik bin Jon Rahmat 

Mac 2011 – Mac 2012 : Mohamad Nur Adzmi bin Mohamad Ayub 

Mac 2012 – Kini : Muhamad Anwar Hafizi bin Tukiran 

Aliran Keluar Masuk Ahli 
Ahli organisasi ini terdiri daripada 2 kelompok yang besar. Kelompok yang pertama terdiri daripada ahli yang mendaftarkan diri ke SMSJ pada tahun 2008-2010 melalui beberapa siri in-take. Kelompok kedua pula ialah ahli yang mendaftarkan diri ke SMSJ pada tahun 2011-2012 melalui 3 siri in-take. Proses keahlian adalah secara automatik setelah mendaftar sebagai pelajar di SMSJ. 

Pada hari Selasa, 8 Januari 2008, kumpulan siri in-take pertama telah mendaftar ke SMSJ sekali gus menjadikan kumpulan ini menjadi ahli awal dalam organisasi ini. Sepanjang 3 tahun, terdapat beberapa penambahan ahli baru dan perpindahan ahli ke sekolah lain. Di penghujung tahun 2010, jumlah ahli yang direkodkan ialah 80 orang lelaki dan 25 orang perempuan. 

Pada awal Januari 2011, seorang ahli, Mohamed Emir Aliff bin Mohamed Nasran telah berpindah ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menjadikan jumlah ahli berkurang kepada 104 orang. Bermula pada 7 Februari 2011, seramai 44 orang pelajar Tingkatan 4 telah mendaftar masuk ke SMSJ melalui 3 siri in-take dan menjadi ahli organisasi ini, menjadikan jumlah ahli sebanyak 148 orang. Sepanjang 2 tahun persekolahan, 3 orang ahli telah berpindah ke sekolah lain iaitu Amirah Aqilah binti Mohd. Zakaria (2011); Muhammad Husaini bin Johari (2011) dan Siti Aisyah binti Rozman (2012). Jumlah akhir bagi ahli organisasi ini ialah 145 orang – 89 orang lelaki dan 56 orang perempuan. 


 Original history created by : Mohamed Emir Aliff (S/U Batch 2010) 

No comments:

Post a Comment