Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday 28 January 2013

Events Evo95 : Program Perfect Score X-A Plus SMSJ


Tarikh : 19 – 21 Oktober 2012
Hari : Jumaat-Ahad
Tempat : La Bella Resort and Camp, Mersing, Johor

Pada pertengahan bulan Oktober tahun lepas, seramai 52 orang ahli Evolution95 yang mendapat ranking tertinggi dalam Peperiksaan Percubaan SPM 1 telah dihantar ke La Bella Resort and Camp oleh pihak sekolah. Tujuan utama program ini adalah untuk membimbing kami semua untuk mendapatkan keputusan A+ semasa SPM dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

Semua peserta yang terpilih telah diberi peluang untuk memilih 2 subjek (Bio,Fizik,Chem @ +Math) untuk diberi bimbingan semasa program ini. Jadual kami untuk program ini adalah seperti di bawah (susah nk describe, pakai diagram kn sng):

Sesi pertama ialah sesi bimbingan untuk subjek pertama pilihan peserta dan begitu juga dengan subjek kedua. Kedua-dua sesi mempunyai semua subjek yang dibimbing. Guru pengiring kami yang menguruskan keadaan kami semasa di sana ialah Cikgu Majid (thx cikgu!). Guru-guru yang ada pada setiap sesi pula ialah semua guru panitia subjek.

Kadang-kadang Admin rasa susah nak describe  sesuatu tanpa bahan rangsangan (sbnrnya malas nk taip pnjg2). Jadi Admin letak gambar dgn caption sajalah (sape yg prnh tgk blog personal admin phm la dgn cara admin berblogging).
Sekian.
Berehat dan makan tengah hari di tepi laut Mersing

"Mersing, peace yo!"

Tempat penginapan pelajar

Tempat penginapan guru
Suasana semasa sesi bimbingan

Suasana semasa sesi bimbingan
Para peserta berbincang untuk menjawab modul-modul
soalan yang disediakan



Guru akan membantu apabila pelajar ada masalah setelah berbincang
dengan peserta lain



Tak faham, tanya cikgu. Macam kat sekolah pulak.


Ada juga sesi pembentangan

1,2,3..Klik!


Waktu makan di restoran open La Bella


Bermain dan bersiar-siar di tepi pantai


Prepare tempat untuk main futsal
Majlis Penutup. Ringkas saja...

Ketua pelajar, Sharull Shafik memberi ucapan

Wakil guru, Pn. Norizah memberi ucapan.
"Diligence beats intelligence!"

Betapa gembiranya mereka setelah tamat program ini.
Dalam perjalanan pulang.
-Pictures by : Shafiq Salim-

No comments:

Post a Comment