Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday 8 September 2014

Alam Universiti: Memulakan Perjalanan Baru, Meneruskan Perjuangan Sama


Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Admin tengok dalam laman-laman sosial ni dah nampak ramai ahli Evo yang sudah mula sambung belajar peringkat degree. Ada juga yang sambung belajar di luar negara. Syukur kepada-Nya kerana kita semua berjaya memasuki fasa baru dalam usaha membina sebuah kehidupan yang berjaya. 

Admin sekarang baru mula sambung belajar di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) dalam bidang perubatan (MBBS). MBBS tu Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery. Syukur kepada-Nya. 5 tahun lagi baru boleh bergelar doktor, jika diizinkan-Nya.

Pada kesempatan ini admin hendaklah ekspresikan kesyukuran dan kegembiraan admin kepada semua ahli Evo yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Kepada yang masih belum berpeluang sambung belajar (jika ada), semoga Tuhan membukakan rezeki ini kepada anda atau diberi oleh-Nya yang lebih baik lagi.

Admin juga ingin mengingatkan semua dan admin juga supaya jangan alpa dalam perjuangan kita belajar untuk kejayaan kita semua. Kepada yang menerima tajaan, sentiasa ingat bahawa anda memegang amanah yang diberi kepada anda. Begitu juga kepada mereka yang ditaja keluarga mereka. Amanah keluarga yang digalas pada anda jangan anda biarkannya sia-sia. Tak dilupakan juga supaya memberitahu maklumat pengajian anda kepada admin ataupun kurator twitter Evo. Admin dan kurator setia menanti maklumat anda. Kalau lupa, rujuk DI SINI.

Akhir kata, admin kirimkan rangkap lagu ini kepada anda semua:

"Harapan semoga dirimu dilindungi sinar rahmat bahagia
Jalanmu lurus dan kekal berjaya diredai Yang Maha Esa
Walau dalam sukar dan diri ini diperlukan namun tiada
Doa dan harapan hanya mampu ku utus bersama..."

No comments:

Post a Comment