FENOMENA TIDUR SINGKAT DAN KEAJAIBAN AL QURAN
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar.” (Surah Ar-Rum: 23)
Tidur singkat dapat menyegarkan otak, ketika otak berasa lelah di siang hari akibat
pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak iaitu dengan tidur. Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari. Oleh sebab itu, para pengkaji menegaskan bahawa pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari kerana boleh menguatkan ingatan. Mereka juga mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.
Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck di Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza. Hasil kajian selanjutnya mendapati bahawa ternyata tidur singkat di siang hari sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur sebentar di siang hari yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam yang berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.
Ingat semula tentang ayat yang disampaikan Al-Quranul Karim supaya kita tidur di malam dan siang hari. Ini adalah tanda keajaiban Al-Quran sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu tentang kepentingan tidur siang kecuali di abad ke 21 sedangkan Al-Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis dari Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat pengimejan resonans magnetik (MRI) sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian, aktiviti dalam otak ‘bergerak’ ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya. Hal ini menunjukkan bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur. Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang berada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. 15-30 minit diperlukan seseorang untuk mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh sebab itu, penyelidik menyarankan agar seseorang melakukan beberapa latihan ringan setelah bangun tidur untuk memulihkan aktiviti otak.
Di sini, kita juga boleh memahami sebab Rasulullah S.A.W. banyak mengingati Allah S.W.T. selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi Baginda menggunakan bahagian waktunya setelah bangun tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam dan pekerja pada malam hari yang
perlu membuat keputusan penting selepas bangun tidur. Mereka disyorkan untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur. Inilah Sebabnya Allah swt berfirman: “Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah Az-Zumar: 42).
Apa Pelajaran yang kita perolehi daripada kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak tidur, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo’a sebagaimana diajarkan Rasulullah S.A.W. :
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”.
Lalu berwuduklah, solat dan bacalah Al Qur’an selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.
No comments:
Post a Comment