Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Friday, 10 May 2013

TAZKIRAH JUMAAT EVOLUTION95 : BULAN REJAB:BUKTI SUNAT PUASA REJAB DAN FADHILATNYA

Pada Sabtu ini (11 Mei 2013) kita semua akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah satu daripada bulan-bulan Haram dan disunatkan berpuasa pada bulan Rejab. Walaubagaimanapun, terdapat kemusykilan terhadap isu puasa di bulan Rejab. Jadi di sini saya bawakan beberapa bukti daripada para ulama’ yang menyatakan bahawa puasa pada bulan Rejab adalah sunat. Contoh di bawah ialah contoh yang diambli daripada Tuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A'liyy: 

(...seperti hadis Abi Daud dan Ibnu Majah dan hadis riwayat selain mereka, daripada Al Bahili : “Aku datang kepada Rasulullah s.a.w maka aku bertanya : Wahai Rasulullah, saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu tuan pada tahun yang pertama. Baginda bersabda : Mengapaku lihat tubuhmu kurus kering? Jawab Al Bahili : Ya Rasulullah , tidak ada benda yang saya makan di siang hari yang saya makan melainkan (dimakan) pada malam sahaja. Bertanya Nabi S.A.W. : Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu? Aku menjawab: Wahai Rasulullah , sesungguhnya saya kuat (berpuasa). Bersabda Nabi S.A.W. : Berpuasalah dibulan sabar , dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram.” Pada satu riwayat lain, “Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan. Berkata Al Bahili : Tambahi lagi sesungguhnya mempunyai kekuatan. Bersabda Nabi S.A.W. : Berpuasalah dua hari. Berkata Al Bahili : Tambahilah lagi maka sesungguhnya daku mempunyai kekuatan . Bersabda Nabi S.A.W. : Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah di BULAN HARAM dan tingallkanlah, puasalah dibulan Hazam dan tinggalkanlah. Bersabda Rasululah s.a.w sambil menghimpunkan jari-jarinya yang tiga kemudian melepaskannya”. Para Ulamak telah mengulas bahawa Nabi s.a.w menyuruh Al Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahannya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadis pertama, dan sesiapa yang tidak kepayahan (mampu) , maka berpuasa keseluruhan adalah satu fadhilat/ kelebihan. Perhatikanlah: Perintah Nabi S.A.W. dengan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan Perintah Nabi s.a.w berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS PERINTAH BERPUASA REJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN DARINYA KERANA REJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling afdal dari semua bulan-bulan haram.) 

Manakala antara fadilat yang diperoleh daripada puasa sunat di bulan Rejab pula ialah: 
(1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas , beliau telah memarfu’kannya : 

. إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر 

“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu”. 

(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau memarfu’kannya: 


مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات ومن زاد زاده الله . ٍ 


 “Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka Jahannam , dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa 15 hari , menyerulah penyeru dari langit “ Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru , dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah.” 
Kemudian Al Baihaqi telah menaqalkan daripada gurunya Al Hakim bahawa hadis yang pertama di atas adalah statusnya Mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada seseorang ( Para Sahabat) yang perkataannya diambil pula daripada tuan yang menerima wahyu ( Rasulullah S.A.W.). 

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Rejab ini dengan puasa sunat di bulan Rejab.


Dipetik dan diedit daripada artikel Jawapan Terhadap Kemuskilan Fadhilat Berpuasa Di Bulan Rejab Al Muharram Dan Kelebihan Rejab olehTuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A'liyy di http://almukminun.blogspot.com/2011/06/jawapan-terhadap-kesmusykilan-fadhilat.html

No comments:

Post a Comment