Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Thursday, 30 May 2013

Kita dan Mereka - Si Anak Kecil Itu

Mereka dapat Australia.
Mereka dapat Jepun.
Mereka dapat Amerika Syarikat.
Mereka dapat Korea Selatan.
Mereka dapat New Zealand.
Mereka dapat Ireland.
Mereka dapat Jerman.
Mereka dapat Sepanyol.
Mereka dapat Madinah.
Mereka dapat Mesir.
Mereka dapat Jordan.
Mereka dapat India.
Mereka dapat Russia.

Senang cerita,mereka dapat ke luar negara.

Kita?

Kita dapat Utara.
Kita dapat Pantai Barat.
Kita dapat Pantai Timur.
Kita dapat Selatan.
Kita dapat Sabah.
Kita dapat Sarawak.
Kita dapat tengah ibu kota raya.
Kita dapat pedalaman hulu ceruk rantau.

Kita dan mereka hakikatnya sama.

Mengejar impian.

Ya. Impian serta cita-cita. Ingat lagi si anak kecil yang pernah bercita-cita besar?

Kembalikan semangat si anak kecil itu dalam diri kita.

Semangat yang penuh keyakinan semasa kita menjadi si anak kecil itu.

Di mana-mana pun kita pasti ada jatuh dan bangunnya.
Di mana-mana pun kita pasti ada suka dan sedihnya.
Di mana-mana pun kita pasti ada kejayaan dan kegagalannya.

Ketika si anak kecil terjatuh,dia akan bangun semula dan terus berlari atau berjalan.
Ketika si anak kecil kesedihan,dia akan kembali senyum dan tertawa.
Ketika si anak kecil gagal melakukan sesuatu,dia kembali berusaha mencipta kejayaannya.

Semoga berjaya sahabatku, kesemuanya :)

Senyum.

Menara gading.

Frasa yang kita selalu sebut ketika kita menjadi si anak kecil itu...

Daripada saya,
Admin Blog,
Ahmad Syukri Bin Ahmad
Asasi Undang-undang,
UiTM Kuantan,Pahang.

No comments:

Post a Comment