KUALA LUMPUR 16 Mei : Keputusan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf akan diumumkan mulai pukul 12 tengah hari esok melalui beberapa saluran hebahan.
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dalam kenyataannya memberitahu, saluran-saluran ialah hotline di 03-88706767, helpline di 03-88706777 atau talian am di 03-88706755/6766. Bagi laman web pula adalah http://jpt.utm.my http://jpt.ums.edu.my http://jpt.uum.edu.my http://jpt.unimas.my atau http://upu.mohe.gov.my manakala melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantarkannya ke 15888.
Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA/Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti matrikulasi, institut pendidikan guru (IPG) dan tingkatan enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran tempat ke IPTA/Politeknik Premier adalah terhad. Bagi pelajar yang membuat rayuan, jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baru, maka rayuan tersebut dianggap gagal.
Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP,JPT) di talian 03-88706767 dan 03-88706777 untuk sebarag kemusykilan.
No comments:
Post a Comment