_____________________________________________________________________________
Dia ni kerja dekat Singapura, tapi rumah dekat Taman Universiti. Jadi dia balik cuma seminggu dua kali lah. Gaji boleh tahan lumayan. Standard lah gaji dalam dollar convert jadi ringgit memang banyak. Boleh kata berjaya lah jugak. Tapi gaji lumayan yang dia dapat sekarang bukan sikit usaha dia. So,ini cerita macam mana dia boleh dapat apa yang dia ada sekarang. Apa yang dia cerita sebenarnya cerita yang kita biasa dengar.
Biasalah bumiputera susah nak dapat bantuan kerajaan. Jadi, dulu dia terpaksa kerja dulu penat penat, kumpul duit, baru boleh sambung belajar. Tengok tu, kita orang Melayu senang senang je dapat PTPTN dan biasiswa, tapi itupun nak complain lagi. Kurang hajar kan tu? :)
Sambung balik, dia kerja dalam setahun kat Singapura then cukup duit, dia belajar dekat politeknik kat Singapura jugak. Dia kata, orang Melayu Singapura jauh beza dengan orang Melayu Malaysia, diorang rajin dan bergeliga, belajar tak main main. Sebabnya, peluang kat Singapura tu sama rata. Ya, sama rata. Diorang takde kuota bumiputera macam kat Malaysia. So,takde masa nak main main ke politik ke. No is no. See.
Then dia kata, orang Cina India Malaysia sebenarnya memang benci kerajaan. Yang ni aku rasa bukan fikiran majoriti orang kita kot. Mungkin dia je fikir perkara ni sebab dia dah rasa sakitnya tak dapat bantuan. Yalah, diorang kalau Ijazah tinggi mana pun masih susah dapat kerja dalam kerajaan. Sebab tu orang Cina dan India ni independent, diorang punya syarikat boleh berkembang jauh sebab diorang sedar, kalau diorang duduk diam, kebulur lah jawabnya.
Yang bagusnya, orang Melayu kita masih ada jati diri dan perangai tak seteruk Melayu kat Singapura, maksiat itu bebas dibuat kat sana tak kira Islam ke tak. Diorang takde jabatan pencegah maksiat. Hehe.
So, dia pesan, "Nak berjaya, mesti kena rajin, tak rajin apa pun tak jadi maa"."
___________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment