Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Moga salamnya bersambut oleh pembaca.
Admin berasa terpanggil untuk membuat satu post tentang doa wahdah.
Doa wahdah diperkenalkan oleh salah seorang ahli, Ahmad Syukri semasa minggu-minggu terakhir sebelum SPM. Doa ini kemudian mula tersebar dan menjadi satu daripada aktiviti yang dilakukan oleh semua ahli yang beragama Islam selepas bacaan Yaasin pada setiap kali. Aktiviti ini dilanjutkan pula semasa sebelum memasuki dewan peperiksaan semasa SPM.
Yang menariknya, aktiviti bacaan doa ini bukan seperti semasa kita membaca doa (yang biasanya tadah tangan...semua orang faham,kan...). Admin tidak tahu hendak jelaskan macam mana tapi Admin ada sediakan satu video yang dirakamkan oleh Admin. Video ini menunjukkan cara kami membuat aktiviti ini.
Bersama post ini admin ada sediakan lirik doa wahdah dan maksudnya:
Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan
Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar
No comments:
Post a Comment