Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Friday, 10 May 2013

Penghargaan kepada penerima-penerima anugerah semasa HAC SMSJ 37


Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru, staf sokongan dan ahli EVOLUTION95 yang telah menerima anugerah semasa hari Anugerah Cemerlang SMSJ Kali Ke-37

ANUGERAH PERDANA SAJOHA
Dianugerahkan kepada pelajar terbilang daripada aspek kokurikulum
MUHAMMAD HAFIZ AMZAR BIN HUSSAIN
ANUGERAH PERDANA PIBG
Dianugerahkan kepada pelajar terbilang daripada aspek akademik
MOHAMAD HAZIQ BIN SA’ADON
ANUGERAH PERDANA SMSJ
Dianugerahkan kepada pelajar terbilang daripada aspek kepimpinan
SHARULL SHAFIK BIN JON RAHMAT

______________________________________________________________
Anugerah Panitia Cemerlang SPM 2012

Anugerah Emas
(Panitia yang mendapat tempat pertama SBP atau 100% A)

PANITIA MATEMATIK
Pn. Hasanah binti Ahmad@Saliman
Pn. Norizah binti Rahmat
En. Abdul Majid bin Mohd Noor

En. Mohd Muskhairil Amin bin Muhamad

Pn Salwa binti Hashim

Anugerah Perak
(Panitia yang mendapat Top5 SBP atau GP Mata Pelajaran kurang daripada 0.45)

PANITIA LUKISAN KEJURUTERAAN
Pn. Hjh. Haliza binti Ali
Pn. Siti Norhazana binti Shaikh Nazri

Anugerah Gangsa
(Panitia yang mendapat Top10 SBP atau GP mata pelajaran kurang daripada 0.85)

PANITIA BIOLOGI
En. Abd Aziz bin Rebu 
Cik Susanti binti Gamin
En. Rahim bin Bintif@Tukiran

PANITIA FIZIK
En. Mohd Nizam bin Yahya
Cik Roswati binti Sunar
Pn. Zaharah binti Mat Daud

Pn. Khatijah binti Hashim

PANITIA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
Pn. Sarimah binti Mat Hashim
En. Abd Samad bin Sulaiman

PANITIA BAHASA MELAYU
Pn. Hjh. Zanariah binti Abdol
En. Shahrul Nizam bin Hj. Ayop
Pn. Masitaah binti Ehsan
Pn. Juliana binti Jumaat

En. Mohd. Halim bin Mohd Dom

PANITIA SEJARAH
En. Abdul Aziz bin Hussin
En. Ahmad Esa bin Kasbi

Thursday, 9 May 2013

TAHNIAH KEPADA PM SEMPENA KEMENANGAN PRU13

We would like to express our gratitude and congratulations
To the 6th Prime Minister of Malaysia and President of Barisan Nasional
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
For receiving a mandate from the people
To lead Malaysia to a better nation
From 2013-2018

Our hope from EVOLUTION 95 is that
You'll give us better opportunities
In tertiary education, finding careers and stable economy
And a better nation to live as 1Malaysia
Which is free from corruption, cronyism, discrimination and instability.

#1Malaysia #BetterNation

Friday, 3 May 2013

Tazkirah Jumaat EVOLUTION95 - Fenomena Tidur Singkat dan Keajaiban Al-Quran


FENOMENA TIDUR SINGKAT DAN KEAJAIBAN AL QURAN
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar.” (Surah Ar-Rum: 23)

Tidur singkat dapat menyegarkan otak, ketika otak berasa lelah di siang hari akibat
pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak iaitu dengan tidur. Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari. Oleh sebab itu, para pengkaji menegaskan bahawa pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari kerana boleh menguatkan ingatan. Mereka juga mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.


Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck di Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza. Hasil kajian selanjutnya mendapati bahawa ternyata tidur singkat di siang hari sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur sebentar di siang hari yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam yang berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.

Ingat semula tentang ayat yang disampaikan Al-Quranul Karim supaya kita tidur di malam dan siang hari. Ini adalah tanda keajaiban Al-Quran sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu tentang kepentingan tidur siang kecuali di abad ke 21 sedangkan Al-Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!

Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis dari Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat pengimejan resonans magnetik (MRI) sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian, aktiviti dalam otak ‘bergerak’ ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya. Hal ini menunjukkan bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur. Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang berada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. 15-30 minit diperlukan seseorang untuk mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh sebab itu, penyelidik menyarankan agar seseorang melakukan beberapa latihan ringan setelah bangun tidur untuk memulihkan aktiviti otak.

Di sini, kita juga boleh memahami sebab Rasulullah S.A.W. banyak mengingati Allah S.W.T. selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi Baginda menggunakan bahagian waktunya setelah bangun tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.

Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam dan pekerja pada malam hari yang
perlu membuat keputusan penting selepas bangun tidur. Mereka disyorkan untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur. Inilah Sebabnya Allah swt berfirman: “Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah Az-Zumar: 42).


Apa Pelajaran yang kita perolehi daripada kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak tidur, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo’a sebagaimana diajarkan Rasulullah S.A.W. :
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”.
Lalu berwuduklah, solat dan bacalah Al Qur’an selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.

Thursday, 18 April 2013

TARIKH HARI ANUGERAH CEMERLANG TELAH DITUKAR

SM SAINS JOHOR, 15 Mei : Tarikh bagi Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SMSJ 2012 telah ditukar daripada 27 April (Sabtu) kepada 4 Mei (Sabtu). Tempat, masa dan maklumat-maklumat lain adalah kekal tanpa perubahan. 

Kenyataan daripada FB Group SMSJ
Apabila ditanya tentang sebab pertukaran itu, pihak sekolah memberitahu bahawa pihak sekolah menyangkakan khabar angin yang menyatakan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)yang akan jatuh pada 27 April itu adalah benar. Pihak sekolah pada masa itu memutuskan untuk menukar tarikh HAC kepada 4 Mei dan telah menghantar surat jemputan kepada para tetamu. Apabila tarikh sebenar PRU-13 diumumkan, pihak sekolah terkejut dan cuba untuk menukar balik tarikh HAC kepada 27 April. 
Masalahnya, tempahan dewan di Hotel Prime City tidak boleh ditarik balik dan surat jemputan HAC pada 4 Mei telah dihantar kepada para jemputan. Setelah pihak sekolah bermesyuarat, pihak sekolah memutuskan untuk mengekalkan tarikh HAC pada 4 Mei. 

“Walaubagaimanapun, majlis itu tidak akan berlangsung terlalu lama dan akan tamat lebih awal untuk memberi laluan kepada semua jemputan dan para guru pulang ke tempat mengundi di tempat tinggal masing-masing,” ujarnya. 

Apabila ditanya tentang cuti am pada 5 dan 6 Mei kepada semua penjawat kerajaan, pihak sekolah menyambut baik perkara itu dan menunggu surat pekeliling daripada kerajaan untuk pengesahan cuti itu.

-BERITA EVOLUTION95-SMSJ (BERES)-

PESANAN DARIPADA KAUNSELOR UNTUK TEMUDUGA

Admin copypaste daripada Facebook Group Evolution95. Mungkin ayat-ayatnya tidak menggunakan bahasa baku. Faham-fahamkan sendiri sahajalah ya? 

 “Aku baru balik dari SMSJ bersama Saifullah Alias dan sekarang aku berada di cc kluang sedang tunggu bas. Tadi kitorang berbual dengan C. Siti Zanaria dan dia ada bagi tips dan nasihat untuk kitorang dan sesape yg akan pergi interviu mara nanti.

Antara point yang aq dapat jot down ialah: 
1. Pakaian:bagi lelaki paling sesuai pakai baju kemeja warna putih atau krim putih untuk nampak neutral.Elakkan pakai baju yang melambangkan warna pilitik seperti biru dan hijau (aku baru kena tegur tadi).Seluar slack dan tali pinggang yang biasa.Bagi perempuan kalau boleh elakkan bawa handbag masa pergi interviu. 
2.Etika duduk:jangan silangkan kaki,jangan sandar,jangan duduk seperti terpaksa.Jangan
duduk sampai dia suruh duduk. 
3.Soalan:beri perhatian terhadap soalan diberi.Apabila jawab,jangan panjang lebar,cukup sekadar lepas point yang dia nak dalam soalan.Pastikan jawapan diberi bertepatan dengan soalan.Seboleh-bolehnya elakkan taktik 'menggoreng' soalan yang diberikan jika tak tahu.Kalau memang tak tahu jawapan,cakap maaf,saya tak tahu untuk menunjukkan yang kita ada integriti. 
4.Percakapan:jangan cakap macam menjerit,cukup sekadar penemuduga dapat dengar dengan jelas.kalau nak cakap,tengok dulu interviewer tu cakap bm ke bi.jangan interviuwer ckp bm kw ckp bi,confirm x pass. 
5.Personaliti:sentiasa murah dengan senyuman.jangan bajet berlagak dan overconfident.be humble.kemas,tak nak nampak selekeh gitu. 
6.Pengenalan diri:tidak perlu cerita tentang pencapaian kita kat sk sbb dh ada dlm resume yg kita buat.x perlu beria.cukup sekadar berkaitan diri seperti nama,umur,tempat tinggal,adik beradik dan kronologi pendidikan. 
7.sebelum nak interview,baca doa penerang hati,surah al-Insyirah dan selawat.buat solat hajat sebelum nak pergi,doa supaya lembutkan hati penemuduga. 
8.resume biar maklumatnya tepat dan tak boleh dipertikaikan penemuduga.kalu boleh buat dwibahasa.jangan menipu atau merepek dalam resume. 
9.cikgu cakap hati-hati dengan soalan 'killer' yang biasanya akan diajukan di penghujung temuduga.mungkin menyentuh isu semasa,general knowledge,tunjukkan bakat etc.anything can happen in the last question. 

aq rasa tu je yg aq smpt jot down dr ckp cikgu.nk lagi tanya tomok.sori klw ada typing error sbb aq tgh rushing nk balik bp ni,takut t'tinggal bas. all the best for me and those who'll be interviewed tomorrow.kbye. sekadar menyampaikan amanah.assalamualaikum.”

Saturday, 6 April 2013

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC) SMSJ 2013

SM SAINS JOHOR , Jumaat : Pada hari semalam (Jumaat, 5 April), Pengurus Laman Web Evolution95 telah membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ). Semasa lawatan itu, Pengurus telah mengajukan beberapa soalan kepada salah seorang pihak pengurusan HAC SMSJ 2013 iaitu Pn. Hasnah Omar berkaitan perkara-perkara berbangkit sempena HAC. 


(Kenyataan daripada laman sosial Facebook Sms Johor)
Adakah penerima Anugerah Perfect Score (PSC) perlu bayar RM 30? 

Soalan utama yang diajukan kepada pihak pengurusan adalah tentang soal pembayaran RM 30. Semua orang sedia maklum bahawa ahli keluarga selain penerima anugerah PSC yang hendak hadir perlu membayar RM 30. Masalahnya, adakah penerima Anugerah PSC perlu bayar RM30 juga? Pn. Hasnah Omar menyatakan bahawa penerima juga perlu bayar RM 30 kerana pihak sekolah tidak ada menaja penerima anugerah pada HAC nanti kerana majlis ini tidak menggunakan dana Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). “Walaubagaimanapun, jika penerima anugerah tidak membayar RM 30, pihak sekolah akan menolak RM 30 daripada sumbangan PIBG kepada penerima anugerah(RM 100), menjadikan sumbangan yang diperoleh penerima ialah RM 70 sahaja. Sumbangan bagi penerima yang tidak hadir pada HAC pula tidak akan ditolak RM 30,” katanya. Tambahnya, maklumat lanjut boleh didapati daripada laman sosial Facebook Sms Johor. 

Bagaimanakah penerima yang tidak hadir pada HAC boleh mengambil sumbangannya? 
Menyentuh persoalan itu, pihak sekolah sudah menerima beberapa panggilan daripada pihak penerima yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat hadir untuk menerima sumbangan RM 100. Buat masa ini, pihak sekolah belum mempunyai cara untuk menyampaikan sumbangan itu kepada penerima yang tidak hadir. Sebarang maklumat berkaitan perkara ini akan diberitahu kelak. 

PRU-13 dan tarikh majlis HAC. 
Terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa tarikh mengundi bagi PRU-13 akan jatuh pada hari Sabtu,27 April 2013 yang kebetulannya sama dengan tarikh majlis HAC. Apabila pihak pengurusan ditanya tentang perkara ini, pihak pengurusan masih menunggu pengumuman tarikh mengundi daripada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR). “Tarikh itu (tarikh mengundi) masih belum diumumkan SPR. Kami di sini berharap agar khabar angin itu (tarikh mengundi) tidak benar supaya kami tidak perlu menunda tarikh HAC. Mungkin kami akan buat solat hajat tentang perkara ini?” ujarnya. 

Kenapa pelajar yang tidak mendapat keputusan PSC tidak boleh hadir ke HAC? 
Sebenarnya, majlis HAC ini hanyalah untuk menyampaikan anugerah dan sumbangan kepada para pelajar SMSJ 2012 yang cemerlang dalam bidang akademik termasuk daripada Tingkatan 1, 2 dan 4 pada tahun lepas. Oleh itu, para pelajar Evolution95 yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012 tidak perlu dijemput hadir. Tambahan pula, majlis ini bukanlah majlis Hari Graduasi. Jika majlis ini ialah Hari Graduasi, semua pelajar SPM 2012 akan dijemput dan majlis ini hanya berfokus pada pelajar SPM 2012 sahaja. Apabila ditanya tentang adakah pihak sekolah akan menganjurkan Hari Graduasi untuk pelajar SPM 2012, pihak pengurusan menyatakan tidak.

Thursday, 28 March 2013

MEMORIES OF EVOLUTION 95 (2008-2010)









I LOVE ALL OF YOU ,
EVOLUTION 95
:)
BLOG AUTHOR :
DR. AHMAD SYUKRI BIN AHMAD AL-HAFIZ
(SOON TO BE,INSYAALLAH)

Monday, 25 March 2013

PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MARKAH MERIT (CGPA)


PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MARKAH MERIT 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Admin #1 baru telah terima tweet daripada @ns2dio dan @ElyaHaziqah yang mencadangkan supaya Admin #1 menaip satu post tentang penyediaan dan pengiraan markah merit (CGPA) .
Post yang ini berdasarkan pengiraan meritokrasi yang ada markah akademik (90% CGPA) dan markah kokurikulum (10% CGPA).

Bagi penyediaan dan pengiraan markah akademik, sila lihat gambar di bawah yang diambil daripada Pekeliling JPT Malaysia :




Bagi pengiraan markah ko-kurikulum, sila lihat pada pautan yang disediakan :

Sekiranya masih tidak faham, boleh rujuk kaunselor sekolah atau hubungi saya di talian 011-17676177 untuk pertanyaan ataupun bantuan pengiraan.

Thursday, 21 March 2013

TAHNIAH KEPADA EVOLUTION95 PERFECT SCORER SPM 2012


Tahniah kepada 39 orang ahli Evolution 95 yang telah mendapat anugerah Perfect Score (PSC) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.

  1. MOHAMAD HAZIQ BIN SA’ADON – 8A+ 1A
  2. MOHAMAD NUR ADZMI BIN MOHAMAD AYUB – 8A+ 1A
  3. MOHAMAD ZHARFAN IZZUDDIN BIN JALIL – 8A+ 1A
  4. MUHAMMAD FAIZEEN BIN ABD RAZAK – 8A+ 1A
  5. KHAIRUZ ZAKI BIN MD RUJHAN – 7A+ 3A
  6. MOHAMAD HAFIS BIN ABD RAZAK – 7A+ 3A
  7. SHARULL SHAFIK BIN JON RAHMAT – 7A+ 2A
  8. MUHAMAD NUR AZIZI BIN JASMAN – 7A+ 2A 1A-
  9. DINARAMALAR A/P SUKKIRASINGAM – 6A+ 3A
  10. IZAZI HAZIRAH BINTI MHD KASMAN – 6A+ 3A
  11. MOHAMAD JEFFREY BIN JAMIL – 6A+ 3A 1A-
  12. MUHAMAD FAZRY BIN HAMIS – 6A+ 3A 1A-
  13. MOHAMAD ADZFAR BIN ARSHAD – 6A+ 3A 1A-
  14. NURUL ADIBAH BINTI SA’ADON – 6A+ 3A 1A-
  15. MUHAMMAD ZUL AMIN BIN MD MAAROF – 6A+ 1A 3A-
  16. SAMAWI BIN JAILANI – 5A+ 5A
  17. SO TSUK MAY – 5A+ 5A
  18. ILYA FARHANA BINTI ZULKEFLEE – 5A+ 4A
  19. MOHAMAD KHAIRIL ANNWAR BIN LATIN – 5A+ 4A
  20. NUR ARINE BINTI SALLEH – 5A+ 4A
  21. MUHAMAD SAIFULLAH BIN ALIAS – 5A+ 4A 1A-
  22. MOHD SYAFIQ BIN MOHD FAUZI – 5A+ 4A 1A-
  23. AKMAL ADIB BIN FADZIL – 5A+ 3A 2A-
  24. AMBOK MUHAMMAD IZWAN BIN AMBOK SULOH – 5A+ 3A 2A-
  25. MUHAMAD ANWAR HAFIZI BIN TUKIRAN – 5A+ 3A 1A-
  26. NURSYAMILA IZZATIE BINTI ROSDIN – 5A+ 4A-
  27. MUHAMMAD HAFIZ AMZAR BIN HUSSSAIN – 4A+ 5A
  28. MUHAMMAD NORRAZIN BIN KATHIMAN – 4A+ 4A 2A-
  29. MUHAMMAD RAZZIE BIN JABRI – 4A+ 4A 2A-
  30. NUR SYAHIDATUL NADIA BINTI MOHD ITA – 4A+ 4A 1A-
  31. NURUL ATIKAH BINTI ISMAIL – 4A+ 2A 4A-
  32. VIMALAN A/L LETCHUMANAN – 3A+ 6A 1A-
  33. ALI IMRAN BIN MOHAMED – 3A+ 5A 1A-
  34. MUHAMAD HUSNI BIN ABDUL RAHIM – 3A+ 4A 2A-
  35. FATIN ADRYANA BINTI AZIZAN – 3A+ 3A 3A-
  36. QISTINA NUR BINTI MOHD KAMAL – 3A+ 3A 3A-
  37. RADIN AZREENA BINTI RADIN SHAHROM – 3A+ 2A 4A-
  38. MUHAMMAD NOR HAFIZ BIN ABDUL RAHIM – 2A+ 5A 3A-
  39. MUHAMMAD LATIF BIN ABDUL ROHNI – 2A+ 3A 4A-


Semoga anda semua dapat meneruskan legasi kejayaan yang dikecapi Evolution95 hari ini. Kejayaan anda adalah kejayaan kami!

Bagi ahli-ahli yang tidak mendapat PSC, jangan anggap bahawa dunia telah berakhir kerana rezeki ada di mana-mana. Hanya masa dan Tuhan yang menentukan, insya-Allah.