Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday, 11 February 2013

Penyediaan Resume



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua ahli Evolution95 dan para pembaca sekalian.

Baru tadi, Admin telah mendapat satu mesej daripada kawan saya di FB yang meminta saya membuat satu pos tentang penyediaan resume. Kebetulan, Admin juga bercadang untuk berbuat demikian. Tambahan pula, Cikgu Norlia (Kaunselor SMSJ) juga mencadangkan saya supaya menulis post ini di blog ini.


Mengikut pemahaman Admin, resume ialah satu dokumen yang selalu dibawa ketika hendak menghadiri sesi temu duga. Dalam resume ini, segala maklumat berkaitan diri kita daripada profil, pencapaian, kebolehan dan lain-lain yang diperlukan terkandung di dalamnya. Jadi, untuk post kali ini, Admin akan terus kepada penyediaan resume tetapi lebih khusus kepada resume untuk lepasan SPM (temuduga biasiswa, kemasukan universiti dan yang seangkatan dengannya).

Secara ringkasnya, setiap resume mestilah mempunyai aspek-aspek berikut:
Maklumat diri (contohnya, nama, IC, alamat, No. Telefon, emel, warganegara);
Objektif (kenapa kita hendak memohon);
Pencapaian akademik (SPM,PMR);
Pencapaian kokurikulum (jawatan pernah disandang, pencapaian, aktiviti kesukarelawan, kursus);
Kebolehan (penggunaan komputer, kebolehan interpersonal, bahasa etc);
Rujukan (pengetua sekolah, ibu bapa etc).

Tiada format yang khusus dalam penyediaan resume seperti surat rasmi (semua orang tahu macam mana formatnya yang sangat detail, ada garis, nombor di tepi, tarikh, nama-nama, baku, alamat, huruf besar .......pening). Jadi, terpulang kepada kita untuk menyediakan resume  dengan kreativiti tersendiri. Perlu anda ingat bahawa cara anda menyediakannya menunjukkan keperibadian anda (kalau orang baca kata resume huru-hara, maknanya peribadi anda pun tidak tentu hala @ tidak terurus. Jadi kena buat balik)

Resume tidak memerlukan kita menceritakan tentang diri kita secara panjang lebar seperti esei. Cukup sekadar kita meletakkan maklumat yang penting dan ringkas sahaja tetapi mudah difahami orang lain.

Satu lagi, sediakan 2 resume yang sama tetapi satu dalam bahasa Melayu dan satu dalam bahasa Inggeris sebagai langkah persediaan (manalah tahu jika penemu duga tidak faham BI). Kalau boleh, print sebanyak yang diingini dan kalau nak laminate pun tidak kisah.

Rasanya itu sahajalah huraian ringkas Admin tentang penyediaan resume. Admin juga telah sertakan beberapa contoh daripada rakan-rakan Evolution95 dan kaunselor sekolah. Sesiapa yang tidak faham tentang huraian Admin di atas, bolehlah rujuk terus ke contoh-contoh di bawah. Tak payah pening-pening kepala nak pikir. Resume anda boleh dibuat mengikut kreativiti sendiri, tidak perlu tiru bulat-bulat daripada contoh di bawah.

Contoh yang pertama datang daripada Sharull Shafik berdasarkan format semasa kursus penyediaan resume di MRSM BP anjuran MMU.

Contoh kedua datang daripada Mohd. Haziq berdasarkan format Yayasan Khazanah.

Contoh ketiga datang daripada kaunselor, Cikgu Norlia. Resume ini datang daripada bekas pelajar SMSJ, Ikhwan Ibrahim yang Admin rasa lebih khusus untuk permohonan kerjaya.

Untuk tips, sila klik link di bawah:

Selamat membuat resume! Assalamualaikum.
-Inquisitor(Admin)-

No comments:

Post a Comment