Selamat datang ke blog batch Evolution95 (Batch SMSJ 2008-2012), laman web umum bagi batch Evolution95.

Monday, 28 January 2013

Events Evo95 : Program Latihan Temuduga dan Penyediaan Resume


Tarikh : 05/07/2012
Hari : Khamis
Tempat : Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, Johor

Pada 5 Julai 2012 (Khamis), seramai 33 orang ahli batch Evolution 95 yang tergolong dalam kelompok teratas pada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 telah dihantar oleh oleh pihak sekolah untuk mengikuti satu program anjuran Malaysia Multimedia University (MMU) : Program Latihan Temuduga dan Penyediaan Resume. Program ini diadakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat. 

Setelah Admin menemu ramah mereka yang terlibat, Admin ringkaskan segala perkara yang mereka telah cerita. Setelah sesi pendaftaran, ada sesi taklimat daripada pengurus program. Kemudian, mereka diberi penerangan berkaitan interviu dan penyediaan. Antara perkara yang  diberitahu adalah berkaitan tips, keperluan, pakaian, pengendalian emosi  dan perkara yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas interviu. Mereka juga diberi penerangan tentang cara-cara menyediakan resume (kertas yg ada profil kita yg kena bwk masa interviu).

Sedang menunggu di ruang pendaftaran
Mendengar taklimat

Berdasarkan pemahaman Admin (sbb bingung sgt nk faham), selepas itu semua peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. Satu kumpulan akan bermula dengan mock inteview (interviu olok-olok kot,lbey kurg la)dan diikuti dengan LDK manakala satu kumpulan lagi bermula dengan LDK dan diikuti dengan mock interview (lbey kurg diorg gilir2 la, 1 grup pegi inteview, 1 lg diorang buat LDK pastu lepas lunch tukar....paham2 sendiri la ek)

Pada sesi LDK, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu tajuk untuk dibincangkan. Setiap kumpulan hendaklah memilih seorang ketua dan penolong ketua. Admin diberitahu  bahawa ramai ahli batch Evolution95 yang berada di sana membolot jawatan ketua kumpulan. 

Pemilihan ketua kumpulan
LDK

LDK

LDK

Sementara itu, pada sesi mock interview, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang per kumpulan. Setiap kumpulan akan dibawa ke bilik interviu untuk menjalani sesi mock interview. 

Selepas sesi mock interview  dan LDK bagi kedua-dua kumpulan besar tamat, mereka semua dikumpulkan untuk sesi pembentangan tentang perkara yang dibincangkan dalam kumpulan semasa LDK tadi. Dengarnya, kumpulan Khairil Annwar menang pembentangan (mana x nya, dy kn debator...

Bersedia untuk sesi pembentangan

Khairuz Zaki sedang membentangkan perbincangan

So Tsuk May sedang membentangkan perbincangan

Dinaramalar sedang membentangkan perbincangan

Khairil Annwar sedang membentangkan perbincangan

Di penghujung program, ada sesi penyampaian hadiah dan cenderamata. Dalam sesi ini, seorang wakil daripada setiap sekolah akan dipilih sebagai penerima biasiswa. Mereka yang dipilih ialah mereka yang dikira sebagai peserta terbaik dalam sesi interviu. Bagi sekolah kita, Vikneshwaran menjadi wakil Evolution95 yang mendapat anugerah itu (tahniah bro, wa respek sama lu).
Program ini berakhir lebih kurang pada jam 5 petang dan mereka semua pulang pada petang itu juga. Admin dengar mereka semua singgah sebentar di BP Mall semasa perjalanan pulang. Wallahu’alam, sekian sahaja laporan saya yang cuba ditulis sesantai dan sefaham mungkin.

Gambar kenangan bersama peserta Evo95 dengan guru pengiring.
-Inquisitor (Admin)-
-Pictures by : Izzatul (Admin)

No comments:

Post a Comment